Connect with us

PUBG Mobile

“Vokey IGL yang power, saya percaya dia” – Mica

Published

on

Foto: PUBG Mobile / AXIS RedOne

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Muhammad Daim Rosli (Mica) menyifatkan rakan sepasukannya, Muhammad Imran Rosli (Vokey) merupakan ketua dalam permainan (IGL) yang sangat baik untuk pasukannya, Axis RedOne.

Jelas Mica, Vokey mempunyai kekuatan tersendiri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai IGL.

“Walaupun hanya tinggal saya seorang pada pusingan ketujuh Weekday, namun saya berjaya mendapatkan kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan melakukan pertukaran koordinasi (rotation) kerana IGL kami, Vokey.

“Vokey power (kuat), saya dengar cakap dia.

“Dia beritahu apa yang saya patut buat,” kata Mica dalam satu temu bual Liga Profesional Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 peringkat Weekday 2 pada Rabu lalu.

Temu bual itu dilakukan selepas Mica dan Axis RedOne berjaya mendapatkan WWCD pada pusingan ketujuh Weekday 2.

https://www.instagram.com/p/CTRy9RSJiKF/

Axis RedOne dilihat meneruskan momentum sejak peringkat Super Weekend 1 sehingga mendominasi perlawanan Weekday 2.

Selepas 10 pusingan dimainkan, Axis RedOne yang sebelum ini dikenali sebagai Dr TA, berada di tempat pertama dengan catatan 86 mata.

https://www.instagram.com/p/CTSJGV1pkY1/

Selain Vokey dan Mica, Axis RedOne juga terdiri daripada Shukri Imran Sham (Heyynoob), Nur Iman Ihsan Bin Abdul Halim (Kacang5usu),Muhammad Faris Bin Saharuddin (Faris) dan Har Lexuan (Lexx).

Pasukan itu juga mendapatkan khidmat bekas pemain profesional, Eddie Firdaus,  (Leto) sebagai jurulatih.

Axis RedOne akan kembali beraksi dalam PMPL MYSG S4 2021 pada hari ini jam 5.30 petang pada peringkat Super Weekend 2.

Pasukan itu kini berada di tempat kedua dengan catatan 594 mata dalam misi memburu slot Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021.

PMPL MYSG S4 berlangsung dari 24 Ogos sehingga 26 September nanti.

Kejohanan itu melibatkan 20 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved