Connect with us

PUBG Mobile

Pemain 15 tahun muncul MVP Liga Esukan Malaysia

Published

on

Foto: Facebook / Esports Integrated

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan tempatan dari pasukan Melaka, Syahmi Faris Saharuddin, dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Esukan Malaysia 2021 (MEL21) bagi kategori PUBG Mobile.

Perkara itu diumumkan penganjur dalam satu majlis penutup secara atas talian pada Rabu lalu.

Menurut penganjur, Syahmi yang menggunakan IGN LMTDLemonX berjaya mencatatkan 30 mata penyingkiran secara keseluruhan.

Dia juga berjaya mencatatkan tujuh mata penyingkiran dengan seorang diri pada pusingan kesembilan, hari ketiga Grand Final MEL yang berlangsung di Erangel.

Jelas Syahmi, dia menghargai setiap pihak yang memberi sokongan dalam mencapai anugerah itu.

“Terima kasih kepada keluarga saya kerana menyokong saya dalam bidang e-sukan. Betul, restu keluarga itu penting.

“Memang satu perkara yang sukar dan mencabar untuk menentang pasukan-pasukan underdog dan berpengalaman dalam kejohanan ini.

“Terima kasih juga pihak penganjur kerana kejohanan ini memberi peluang kepada saya untuk menunjukkan corak permainan PUBG Mobile dalam kejohanan ini,” kata Syahmi dalam satu temu bual Majlis Penutup MEL 21 pada Rabu lalu.

Sementara itu, MEL juga mengumumkan pemain-pemain MVP untuk kategori Dota 2 dan Mobile Legends iaitu Benedict dari pasukan Sarawak dan Muhammad Nabil Japri (Abey) dari pasukan Pulau Pinang.

Grand Final Mobile Legends MEL21 disertai 16 pasukan yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Kejohanan itu memberi peluang kepada pemain-pemain e-sukan amatur tanah air untuk bertarung dengan pemain-pemain profesional.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Pelan Rangka Tindakan Esukan Kebangsaan KBS dan melalui inisiatif Esports Integrated (ESI).

MEL21 telah bermula 10 Julai sehingga 1 September yang lalu, dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM200,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved