Connect with us

PUBG Mobile

Tak sangka kawan sendiri buat – Miss Farr

Published

on

Foto: Facebook / Miss Farr

“Saya tak sangka, sahabat sendiri yang buat aib sehingga macam ini.”

Itu kata pemain kompetitif PUBG Mobile, NorFarah Shahira (Miss Farr) kepada WTM Today berhubung isu perbualan penstriman langsung yang melibatkan beberapa personaliti e-sukan tanah air.

Menurut Miss Farr dia cuba untuk berasa tenang dalam mengenai situasi itu namun tidak menafikan dia sememangnya terkesan.

“Saya okay, tapi tak berapa nak okay,” katanya ringkas.

Baru-baru ini tular beberapa klip daripada satu penstriman langsung yang dipercayai milik penganalisis SEM9 Gank, Fawwaz Sehaimi (Soultan).

Penstriman langsung itu melibatkan perbualan Discord beberapa pemain profesional, pengulas profesional, pengurus pasukan profesional dan personaliti e-sukan tempatan.

Antaranya termasuklah, pemain Team SMG, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity), pengulas e-sukan yang juga duta Team Secret, Mohamad Hilmi Mohamad (Emi), Pengurus Operasi RSG Malaysia, Aiman Wafiy Roslan dan ramai lagi.

Perbualan dalam penstriman langsung itu dipercayai mempunyai komen-komen atau kata-kata berunsur seksual terhadap Miss Farr.

Sebelum ini, Miss Farr pernah menyertai pasukan PUBG Mobile yang dikenali Junior Talent bersama Trixnity.

Pasukan itu pernah melayakkan diri ke Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung di Shanghai, China pada tahun 2019.

WTM Today masih menunggu respon rasmi daripada pihak-pihak yang berkaitan termasuk organisasi e-sukan, pihak penganjur liga dan pihak pihak pembangun e-sukan berhubung perkara ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved