Connect with us

PUBG Mobile

Gangguan Seksual: Miss Farr buat laporan polis

Published

on

Foto:Miss Farr

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung tanah air, NorFarah Shahira (Miss Farr) telah melakukan satu laporan polis berhubung isu perbualan penstriman langsung yang melibatkan beberapa personaliti e-sukan tanah air.

Miss Farr mengesahkan kepada WTM Today, dia telah melakukan laporan polis pada jam 3.20 petang tadi.

“Saya membuat laporan polis kerana saya tidak mahu lagi perkara ini berulang lagi. 

“Kita perlu mewujudkan budaya lebih positif,” kata Miss Farr ketika dihubungi WTM Today seketika tadi.

Baru-baru ini tular klip video penstriman langsung yang dipercayai milik penganalisis SEM9 Gank, Fawwaz Sehaimi (Soultan).

Penstriman langsung itu melibatkan perbualan Discord beberapa pemain profesional, pengulas profesional, pengurus pasukan profesional dan personaliti e-sukan tempatan yang kini sedang menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

Antaranya termasuklah, pemain Team SMG, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity), pengulas e-sukan yang juga duta Team Secret, Mohamad Hilmi Mohamad (Emi), Pengurus Operasi RSG Malaysia, Aiman Wafiy Roslan dan ramai lagi.

Perbualan dalam penstriman langsung itu dipercayai mempunyai komen-komen atau kata-kata berunsur seksual terhadap Miss Farr.

Dalam laporan polis tersebut, Miss Farr menyatakan dalam penstriman langsung Soultan itu, Trixnity telah melakukan gangguan seksual dalam percakapannya bersama rakan-rakannya.

“Mereka juga membuat bahan jenaka berkenaan peribadi saya.

“Saya membuat laporan polis ini untuk melindungi diri saya kerana telah mereka telah melakukan sindir badan (body shaming) dan gangguan seksual terhadap saya dan mengganggu kerja saya,” tambah Miss Farr dalam laporan itu.

Jelas Miss Farr, Trixnity juga ada menghubunginya untuk meminta maaf dan telah memadamkan rakaman penstriman langsung itu.

Sementara itu, Emi, Soultan Aiman Wafiy juga telah melakukan permohonan maaf kepada Miss Farr menerusi kenyataan di media sosial masing-masing pada hari ini.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved