Connect with us

PUBG Mobile

Kak Yong Yana main PMPL hari ini?

Published

on

Foto: Yana Samsudin / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pelakon popular dan pemilik YSX Esports (YSX), Yana Samsudin, mungkin akan diletakkan dalam barisan utama pasukan itu untuk bermain dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 pada hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh pemain YSX Esports yang dikenali sebagai Poreng, pada malam tadi.

“Tidak pasti bila Yana akan bermain, tapi mungkin hari ini,” kata Poreng dalam satu temu bual PMPL MYSG S4 malam tadi selepas pasukannya meraih Chicken Dinner pada pusingan kedua Weekday 2.

https://www.instagram.com/p/CTPQZ5AJXC_/

Yana Samsudin atau YanaSamsudinX telah menyertai arena penstriman langsung sejak Ogos 2019.

Dia kini mempunyai lebih 589,000 pengikut di Facebook Gaming.

Selain melakukan penstriman langsung di Facebook, Yana juga telah menubuhkan pasukan e-sukannya tersendiri YSX Esports.

Pasukan itu yang merupakan pencabar baru liga kini mendahului ranking Weekday 2 PMPL MYSG S4 dengan catatan 59 mata dan satu Chicken Dinner. 

PMPL MYSG S4 berlangsung sejak 24 Ogos lalu dan akan berakhir pada 26 September nanti. 

Kejohanan itu melibatkan 20 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved