Connect with us

PUBG Mobile

SEM9, kuatkan diri dan cari semula rentak – SMG Yotta

Published

on

Foto: Facebook Hisyam Yotta

KUALA LUMPUR – Pengurus skuad PUBG Mobile Team SMG, Amirul Hisyam (Yotta) berharap pesaingnya dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021, SEM9 Gank dapat melakukan satu kebangkitan dalam perlawanan akan datang.

Yotta berkata dia yang mewakili pasukannya, Team SMG juga berharap pemain-pemain SEM9 Gank diberi kekuatan dan menerima satu momentum baru.

“Arwah (Allahyarham Hahagus) adalah sahabat baik jurulatih kami (Savior).

“Mungkin kehilangan besar (arwah) memberi impak kepada anda, jadi kami berharap anda bertabah dan berjaya.

“Masih ada lagi dua minggu dan semoga berjaya pada musim kali ini. Kuatkan diri, naik balik dan cari semula rentak anda,” kata Yotta dalam satu temu bual PMPL MYSG S4 pada Ahad lalu.

https://www.instagram.com/p/CTOTwW7pi01/

Pada peringkat Super Weekend 1 PMPL MYSG S4 2021, pasukan PUBG Mobile tanah air, SEM9 GANK, kini berada di ranking ke-12 pada peringkat Super Weekend dengan 77 mata. 

Sementara itu, Team SMG berada di ranking kedua dengan catatan 167 mata. Pemain Team SMG, Aqil Yusli (Six) dipilih sebagai Top Terminator dengan catatan 32 mata bunuh dan 5516 mata kesan musnah.

PMPL S4 akan kembali berlangsung pada hari ini untuk peringkat kelayakan Weekday 2 jam 5.30 petang.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

PMPL MYSG S4 berlangsung dari 24 Ogos sehingga 26 September nanti. 

Kejohanan itu melibatkan 20 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved