Connect with us

PUBG Mobile

Meta 3 Rusher, 1 IGL bantu Axis RedOne dominasi carta

Published

on

Foto: PUBG Mobile

TIGA penerpa (rusher) dan ketua dalam permainan (IGL).

Itu meta (strategi) yang digunakan Jurulatih Axis RedOne, Eddie Firdaus (Leto) pada hari ini sehingga membuahkan hasil kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan ke-12 Super Weekend 1 Liga Profesional PUBG Mobile Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

Menurut Leto, meski anak-anak buahnya agak keliru dengan peranan masing-masing pada pusingan ke-11, namun pasukannya berjaya mengadaptasi dengan strategi itu dalam pusingan yang seterusnya.

“Pusingan pertama hari ini tidak menjadi untuk Axis RedOne kerana pemain masih keliru dengan strategi itu, tapi kami cuba sekali untuk pusingan kedua.

“Alhamdulillah, kami meraih WWCD,” kata Leto dalam satu temu bual PMPL MYSG S4 pada malam tadi.

Sementara itu, Leto juga berkata Axis RedOne tidak menumpukan satu dropspot (lokasi mendarat) sahaja dalam map Miramar.

Dropspot kami bukan di Los Higos sahaja.

“Lokasi mendarat kami pergantung kepada arah penerbangan pesawat,” tambah Leto dalam temu bual yang sama.

Axis RedOne kini mendahului carta Super Weekend 1 PMPL MYSG S4 dengan catatan 148 mata.

Pasukan itu terdiri daripada:

  • Vokey
  • Heyynoobb
  • MicaOP
  • Faris
  • Lexx
  • Kacang Susu

PMPL MYSG S4 berlangsung dari 24 Ogos sehingga 26 September nanti. 

Kejohanan itu melibatkan 20 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved