Connect with us

PUBG Mobile

ZigZag beri impak besar kepada Team Bosskurr  – Coach Hanan

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Kemasukan Mohamad Yuzaymie Karim (Zigzag) sebagai pemain baru Team Bosskurr  sememangnya memberi impak yang besar terutama dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

Jurulatih Team Bosskurr, Hannan Hamzah berkata  Zigzag meningkat fire power untuk pasukannya.

“ZigZag dilihat mempunyai lebih kebebasan dalam permainan bersama Team Bosskurr berbanding pasukannya dahulu (Damanasara Flash Vision).

“Hal ini adalah kerana dia boleh bermain dengan corak permainan yang tersendiri dan rakan sepasukannya yang lain akan mengikuti cara dia bermain,” tambah Hanan dalam satu temu bual PMPL MYSG S4 2021 pada Rabu lalu.

Pada peringkat Weekday 1 PMPL MYSG S4 2021 yang lalu, Team Bosskurr berjaya mengutip satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan sempat berada di ranking pertama bagi carta keseluruhan untuk tempoh seketika.

https://www.instagram.com/p/CS_0NE7pOM2/

Kejayaan WWCD dalam pusingan ketujuh di Erangel itu adalah berikutan skil Zigzag yang berjaya melakukan clutch (pertempuran seorang diri dengan musuh) menentang beberapa pemain EVOS VIP pada bulatan terakhir perlawanan.

Selepas dua hari bertanding di peringkat Weekday 1 PMPL MYSG S4, Team Bosskurr berjaya melayakkan diri ke peringkat Super Weekend 1 yang berlangsung hari ini.

PMPL MYSG S4 berlangsung dari 24 Ogos sehingga 26 September nanti. 

Kejohanan itu melibatkan 20 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved