Connect with us

PUBG Mobile

Bocah Homebois, xSyko dijangka main Super Weekend 1

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain muda PUBG Mobile tanah air, Muhammad Mustaqim Chan Bilal Chan (xSyko) dijangka akan bermain pada peringkat Super Weekend 1 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

Menurut pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) xSyko baru boleh beraksi dalam liga itu kerana telah mendapat kelulusan untuk ke rumah gaming pasukannya.

“xSyko tidak bermain pada peringkat Weekday 1 yang lalu kerana baru menerima kelulusan untuk berpindah dari rumahnya ke tempat kami.

“Dia mungkin akan diturunkan pada peringkat Super Weekend nanti. 

“Kalau xSyko ada, kami akan dapat kemenangan dengan lebih awal,” kata Daddyhood dalam temu bual PMPL MYSG S4 2021 pada Selasa lalu.

Berdasarkan catatan Insta Story xSyko baru-baru ini, pemain itu dilihat sudah tiba di rumah Homebois yang terletak di Johor.

 xSyko telah menyertai Homebois sejak 20 Julai dan mula mendapat perhatian komuniti e-sukan sejak penyertaannya dalam PMPL MYSG Musim Pertama lagi yang diadakan pada awal tahun lalu. 

Dia dan pasukannya kini sedang memburu slot ke Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC).

Pada musim lalu, Homebois mempunyai 316 mata terkumpul. Pasukan itu berada di ranking ke-12 dalam misi mendapatkan slot ke kejohanan dunia itu.

PMPL MYSG S4 akan kembali hari ini boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile bermula jam 5.30 petang.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved