Connect with us

PUBG Mobile

Biar team tak padu, tapi jangan hilang respek – QB

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Geek Fam, Ahmad Syafiq Imran Mohamad (QB) menyeru agar peserta-peserta Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) menghormati antara satu sama lain ketika berada dalam permainan.

QB berkata biarlah sesebuah pasukan itu tidak mempunyai kekuatan yang tinggi ketika bermain tapi masih mampu menghormati pesaing-pesaing liga yang lain.

“Walau macam mana sekalipun anda selesa di atas, jangan melakukannya (langgar dropspot) kepada orang lain sebab nanti perkara itu akan kena kepada anda semula.

“Biarlah pasukan tak padu, tapi jangan hilang hormat orang lain,” kata QB dalam satu temu bual PMPL MYSG S4 2021 pada Rabu lalu selepas pasukannya memenangi dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) berturut-turut.

BACA: “Sejujurnya, lineup ada Ica paling kuat untuk Geek” –  QB

Menurut QB, dia menjangkakan ada pasukan lain yang akan ‘melanggarnya’ ketika Geek Fam sedang nyawa-nyawa ikan dengan hanya kutipan lima mata pada peringkat Weekday 1 lalu.

Menurut QB, dia dan Geek Fam tidak akan berputus asa untuk berjuang dalam PMPL kali ini.

Mereka kini dalam misi untuk mengekalkan kutipan mata terbanyak ke Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) menerusi slot PMPL MYSG S4.

Pada PMPL musim lalu, Geek Fam berjaya mengutip 491 mata dan mendahului kutipan markah terbanyak untuk ke PMGC.

PMPL MYSG S4 boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile bermula jam 5.30 petang.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

https://www.instagram.com/p/CTC2JtfJwwL/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved