Connect with us

PUBG Mobile

“Sejujurnya, lineup ada Ica paling kuat untuk Geek” –  QB

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PEMAIN profesional PUBG Mobile daripada Geek Fam, Ahmad Syafiq Imran Mohamad (QB), menyifatkan barisan pemain yang terdiri daripada pemain baru, Fatin Amisa (Ica) mempunyai kelebihan yang lebih baik untuk pasukan itu.

Menurut QB, kehadiran Ica meningkatkan fire power (kebolehan pemain dapatkan musuh) Geek Fam untuk beraksi dalam Liga Profesional Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

https://www.instagram.com/p/CTC2JtfJwwL/

“Geek Fam membawa satu barisan pemain yang baru pada Selalu lalu dan sejujurnya, itu adalah barisan pemain yang paling kuat untuk Geek Fam.

“Ia (barisan pemain itu) mempunyai fire power yang lebih tinggi dan saya bukan seorang pemain yang mempunyai fire power yang tinggi,” kata QB dalam satu temu bual PMPL MYSG S4 2021 pada Rabu lalu.

Jelas QB, keputusan Geek Fam untuk meletakkan Ica dalam barisan utama pada hari pertama Weekday 1 PMPL MYSG S4 adalah untuk memastikan Ica membiasakan diri dan mengutip lebih banyak pengalaman dalam menyertai kejohanan kompetitif.

“Ica merupakan pemain baru dan kami mahu dia bermain pada hari pertama kerana tidak terlalu banyak tekanan.

“Biar dia main dulu untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman,” tambah QB dalam temu bual yang sama.

Geek Fam akan kembali beraksi dalam PMPL MYSG S4 2021 pada petang nanti, untuk menyertai pusingan peringkat Super Weekend 1.

Pusingan ini memberi peluang kepada pasukan-pasukan untuk mengutip lebih banyak mata ke Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC).

Pada PMPL musim lalu, Geek Fam berjaya mengutip 491 mata dan mendahului kutipan markah terbanyak untuk ke PMGC.

PMPL MYSG S4 boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile bermula jam 5.30 petang.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved