PUBG Mobile
PMPL ID: uHigh perform, masih mahu cari chemistry dengan Red Aliens

PEMAIN PUBG Mobile tanah air yang kini bermain untuk pasukan bertaraf dunia, Bigetron Red Aliens, Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam debut Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia Musim Keempat (PMPL ID) 2021 pada Rabu lalu.
Menerusi kemunculan pertama uHigh dalam liga Indonesia itu, dia dan Bigetron Red Aliens berjaya mengutip kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dua kali berturut-turut pada peringkat hari kedua Weekday 1 PMPL ID S4 2021.
uHigh juga memperoleh gelaran pemain terbaik pada pusingan kelapan yang berlangsung di Miramar dengan kutipan lapan bunuh.
https://www.instagram.com/p/CTBR54UJZgK/
Pada pusingan itu juga, Bigetron Red Aliens berjaya mengutip 24 mata bunuh secara total.
Mengulas mengenai prestasinya dalam PMPL ID S4 2021, uHigh berkata kemenangan itu merupakan permulaan yang baik untuknya dalam kejohanan itu.
“Saya berasa sangat gembira.
“Ia satu permulaan yang baik kerana ini kali pertama saya bermain dalam liga ini,” kata uHigh dalam satu temu bual bersama penganalisis PMPL ID S4 2021, Iham Odie.
uHigh juga berkata dia perlu meningkatkan lagi keserasian dengan rakan-rakan sepasukan Bigetron Red Aliens yang lain.
“Buat masa sekarang, masih cocok (serasi) lagi dan kami masih dalam proses mencari keserasian antara satu sama lain,” kata uHigh.
https://www.instagram.com/p/CTB8NhVhbLa/
Pada peringkat Weekday 1 PMPL ID S4 2021, Bigetron Red Aliens mengakhiri Weekday 1 dengan di ranking pertama dengan kutipan 111 mata.
Pasukan itu akan bertanding dalam pusingan Super Weekend 1 PMPL ID S4 2021 yang akan berlangsugn pada petang nanti.