Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Player baru Titan kutip 14 kills sehari

Published

on

Foto: Huya / PEL

PASUKAN Game for Peace China, Titan Esports Club mengungguli hari pertama minggu kedua Liga Peacekeeper Elite Musim Ketiga (PEL S3) dengan 63 mata dan satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Pemain baru Titan Esports Club yang berpindah masuk ketika jendela perpindahan yang lepas, Wu Changtao (Sensen) menunjukkan corak permainan yang konsisten apabila menjadi pemain dengan jumlah mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 14 mata bunuh.

Sensen juga mengutip mata kesan musnah terbanyak dalam lima pusingan yang dimainkan serta menjadi pemain yang memberi sumbangan terbesar kesuluruhan.

Foto: Huya / PEL

Sementara itu, Regans Gaming mengutip dua WWCD berturut-turut iaitu pada pusingan kedua dan ketiga.

Pelaburan yang dibuat oleh Regans Gaming pada jendela perpindahan membawa pulangan yang berbaloi kepada pasukan tersebut.

Regans Gaming kini sudah mampu untuk bersaing menentang pasukan-pasukan gergasi dalam saingan liga PEL musim ini.

Selain Titan Esports Club dan Regans Gaming, tiga lagi pasukan yang layak ke peringkat Weekly Final 2 secara automatik adalah LGD Gaming, Nova Esports, dan Tong Jia Bao Esports,

Pasukan Royal Never Give Up dan 4 Angry Men tidak berjaya mara ke peringkat Weekly meskipun mengutip satu WWCD.

Kedua-dua pasukan gagal untuk main dengan konsisten dan kini terpaksa untuk bermain pada hari kedua.

Foto: Huya / PEL

Foto: Huya / PEL

Berikut adalah keputusan WWCD:
Map 1 – Titan Esports Club
Map 2 – Regans Gaming
Map 3 – Regans Gaming
Map 4 – Royal Never Give Up
Map 5 – 4 Angry Men

Hari ini merupakan hari kedua liga PEL yang juga merupakan hari penyingkiran.

Sepuluh pasukan yang berjaya menamatkan pusingan dalam kelompok sepuluh terbaik akan mara ke peringkat Weekly Final 2.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved