Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: QB masuk main lineup Geek, ganti Ica

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Geek Fam, Ahmad Syafiq Imran Mohamad (QB) bakal membuat kemunculan pada hari kedua Weekday 1, Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

Perkara itu disahkan QB sendiri kepada WTM Today seketika tadi.

Menurut QB, dia akan menggantikan Fatin Amisa (Ica) dalam barisan utama pemain Geek Fam pada hari ini.

Geek Fam kini berada di ambang penyingkiran ke peringkat Super Weekend 1 apabila berada di tempat terakhir dalam ranking keseluruhan semalam.

Dalam empat pusingan yang disertai Geek Fam, pasukan itu hanya mampu meraih 5 mata sahaja.

Sementara itu, tiga lagi pasukan yang berada dalam posisi bahaya adalah NSP (14 mata), YSX (13 mata) dan Anti Circle (12 mata).

Berdasarkan format perlawanan PMPL, hanya 16 daripada 20 pasukan sahaja yang akan mara ke peringkat Super Weekend yang akan berlangsung pada Jumaat sehingga Ahad nanti.

PMPL MYSG S4 akan kembali berlangsung jam 5.30 petang nanti.

Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved