Connect with us

PUBG Mobile

Adikluq bukan sekadar content, jadi top Terminator hari pertama PMPL

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain muda berbakat besar daripada pasukan Farang Lejund, Muhammad Luqman Hakim Hasan (Adikluq) muncul sebagai Terminator hari pertama Weekday 1, Liga Profesional Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 pada semalam.

Adikluq yang baru berusia 16 tahun itu mengutip 11 kills (mata bunuh) dalam empat pusingan yang disertai semalam.

Dia yang berada di tangga pertama dalam ranking terminator itu dan mengatasi pemain-pemain berpengalaman seperti Insomnus (EVOS VIP) dan Bard (Team SMG) yang masing-masing mempunyai sembilan mata.

Adikluq dan Farang Lejund kini mendahului ranking untuk mengutip mata ke peringkat Super Weekend 1 PMPL MYSG 4.

Pasukan itu memperoleh 52 mata ketika ini. 

Berikut adalah keputusan Winner Winner Chicken Dinner Weekday 1:

Map 1 – Erangel – Axis RedOne
Map 2 – Miramar – Wulf AROV
Map 3 – Erangel – Farang Lejund
Map 4 – Miramar – VXM Fanx
Map 5 – Erangel – Homebois

https://www.instagram.com/p/CS9mP-jp3Sd/

PMPL MYSG S4 berlangsung dari 24 Ogos sehingga 26 September nanti. 

Kejohanan itu melibatkan 20 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved