Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: SEM9 Gank guna nama ‘Haha’ dalam IGN

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain-pemain pasukan PUBG Mobile popular tanah air, SEM9 Gank membuat keputusan untuk meletakkan perkataan ‘Haha’ dalam nama permainan (IGN) masing-masing bagi mengingati dan menghargai jurulatihnya, Agusalim Amran (Agus).

Perkara itu dapat dilihat dalam kejohanan rasmi Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021 yang membuka tirai semalam.

BACA:  ‘Arwah Hahagus buktikan boleh berjaya dengan esports’ – Abang

Kesemua pemain SEM9 Gank telah menggunakan IGN berikut: 

  • S9HahaBrav01
  • S9Hahadep
  • S9HahaDraxx
  • S9Hahaman
  • S9HahaPut

Pada 14 Ogos lalu, pemain SEM9.Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid pernah menyatakan pihaknya akan menggunakan nama Allahyarham Agus (Hahagus) dalam kejohanan akan datang. 

https://www.instagram.com/p/CSiTeVVJnO_/

Penggunaan nama ‘Haha’  itu adalah sebagai tanda mengingati dan menghargai  Allayarham Hahagus yang telah meninggal dunia dua minggu lalu.

Allahyarham Agus menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh pada jam 8.56 malam, 13 Ogos lalu setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.

BACA:Hahagus meninggal dunia

Hasil bimbingan Allahyarham Agus, skuad Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama dalam sejarah, pada 3 Mei 2020 bersama pasukannya yang sebelum ini dikenali Yoodo Gank.

Sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain profesional PUBG.

Allahyarham Agus juga sering melakukan penstriman langsung sehingga mempunyai pengikut melebihi 88,800 pengikut di Facebook Gaming, setakat Ogos 2021.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved