Connect with us

PUBG Mobile

Hahagus meninggal dunia

Published

on

KUALA LUMPUR – Jurulatih pasukan PUBG Mobile, SEM9.GANK, Agusalim Amran (Hahagus) meninggal dunia setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.

Hahagus menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh seketika tadi.

Perkara itu disahkan oleh abang Hahagus, Ali Sofhuan Amran kepada WTM Today.

“Assalamualaikum, adik saya Agusalim Amran dah meninggal dunia tadi.

“Terima kasih mendoakannya selama ini,” kata Ali menerusi satu pesanan ringkas kepada WTM Today pada Jumaat malam. 

Difahamkan Hahagus telah dikejarkan ke hospital pada 28 Julai yang lalu kerana dijangkiti Covid-19.

Hahagus kemudiannya disahkan sebagai pesakit kategori keempat Covid-19.

Berikutan keadaan paru-paru yang semakin tidak sihat, Hahagus telah dimasukkan ke ICU pada awal pagi Khamis. 

Kira-kira selepas 12 jam dimasukkan ke ICU, Hahagus memaklumkan kepada WTM Today bahawa dia akan ‘ditidurkan.’

Hahagus merupakan jurulatih e-sukan yang cukup dikenali di Malaysia dan Asia Tenggara.

Hasil bimbingan Allahyarham Hahagus, Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama pada tahun 2020 bersama pasukannya yang sebelum ini dikenali Yoodo Gank.

Sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain kompetitif PUBG.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved