Connect with us

PUBG Mobile

MEL 21: Farang Guerilla mahu gegar arena esports, banggakan ibu bapa

Published

on

Foto: ESI - Esports Integrated

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tempatan yang sedang meningkat naik, Farang Guerilla berhasrat mahu memberikan impak yang besar dalam arena e-sukan.

Kapten Farang Guerilla, Adib Syazwan Abd Razak berkata dia juga bercita-cita untuk beraksi di gelanggang antarabangsa pada masa akan datang.

“Saya mahu merealisasikan impian saya untuk membawa Jalur Gemilang ke persada dunia,” katanya dalam satu temu bual selepas memenangi kejohanan Grand Final Liga Esukan Malaysia 2021 (MEL21) malam tadi.

Sementara itu, rakan sepasukan Adib, Nur Muhammad Safiuddin Abdul Jabar berkata kejohanan e-sukan itu semestinya membuka peluang baru untuk membanggakan kedua ibu bapanya.

Farang Guerilla yang mewakili negeri Selangor memperoleh 174 mata secara keseluruhan dalam kejohanan itu.

Sementara itu pasukan Pulau Pinang yang diwakili TY SAVIOR dan pasukan Melaka yang diwakili C4 berada di tempat kedua dan ketiga.

Berikut adalah keputusan penuh Grand Final PUBG Mobile MEL 2021:

Foto: ESI

Grand Final MEL21 disertai 16 pasukan yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Kejohanan itu memberi peluang kepada pemain-pemain e-sukan amatur tanah air untuk bertarung dengan pemain-pemain profesional.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Pelan Rangka Tindakan Esukan Kebangsaan KBS dan melalui inisiatif Esports Integrated (ESI).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved