Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Pasukan Underdog, Team Game tapau gergasi China

Published

on

Foto: HUYA / PEL

PASUKAN bukan pilihan Team Game mengejutkan komuniti e-sukan apabila muncul sebagai juara Weekly Final 1 Peacekeeper Elite League Musim Ketiga (PEL S3) 2021 dengan mengatasi beberapa pasukan kegemaran.

Team Game mengutip 117 mata kesuluruhan dan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira sebanyak RM654,000 (1 juta Yuan) meskipun hanya mengutip satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dalam sepuluh pusingan yang dimainkan.

Team Game kini berada di ranking pertama kesuluruhan Weekly Final dengan 25 mata.

Sementara itu, pasukan 4 Angry Men kelihatan tiada masalah meskipun kehilangan tonggak utama, Feng Shujie (Suk) yang setelah ‘dijual’ kepada pasukan The Chosen.

4 Angry Men menamatkan Weekly Final 1 PEL  S3 2021 di tangga kedua dengan berkongsi mata keseluruhan dengan Team Game namun gagal untuk menjadi juara kerana mengutip mata bunuh kurang daripada Team Game.

Foto: HUYA / PEL

Foto: HUYA / PEL

Pasukan LGD Gaming bermula dengan cemerlang apabila mengutip WWCD pada pusingan pertama Weekly Final 1.

LGD Gaming bermain dengan konsisten dan berjaya mendapatkan 74 mata kesuluruhan, 11 mata di hadapan pasukan yang berada di tangga kedua.

Namun begitu, LGD Gaming gagal untuk mempamerkan corak permainan yang konsisten seperti hari semalam dan terpaksa berputih mata di tempat keempat kesuluruhan.

Tonggak utama LGD Gaming, Mi  Jiacheng (ChengC) menjadi watak penting bagi pasukannya apabila mengutip 20 mata bunuh. ChengC dipilih sebagai pemain terbaik keseluruhan bagi Weekly Final 1.

Pasukan Nova Esports kelihatan bergelut pada hari pertama Weekly Final 1.

Nova Esports hanya mengutip tiga mata bunuh serta tujuh mata kesuluruhan. Antara keputusan yang paling terburuk pernah dicatatkan oleh Nova Esports dalam sejarah liga PEL.

Nova Esports masih gagal mencari rentak pada hari kedua apabila tiga kali berturut-turut pulang ke lobi awal di tempat ke-15.

Nova Esports akhirnya berjaya mengutip satu WWCD di pusingan terakhir dengan mengutip 45 mata secara kesuluruhan.

Keputusan WWCD Weekly Final 1:
Map 1 – LGD Gaming
Map 2 – 4 Angry Men
Map 3 – Team Game
Map 4 – Titan Esports Club
Map 5 – Still Moving Under Gunfire
Map 6 – Team PAI
Map 7 – Team PAI
Map 8 – LGD Gaming
Map 9 – 4 Angry Men
Map 10 – Nova Esports

Minggu kedua liga PEL akan kembali berlangsung pada 26 Ogos nanti. Anda boleh menonton kejohanan ini di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved