Connect with us

PUBG Mobile

PEL: The Chosen gagal ke Weekly Final

Published

on

Foto: Huya / PEL

PASUKAN Game for Peace China, Team Chosen yang kini dikenali sebagai The Chosen, gagal untuk mara ke peringkat Final Mingguan 1 Liga Peacekeeper Elite Musim Ketiga (PEL S3) 2021 apabila hanya mengutip 11 mata dalam lima pusingan yang dimainkan pada hari ini dan menamatkan hari di tangga ke-15 secara keseluruhan.

Keputusan tersebut sangat mengejutkan terutama sekali bagi peminat The Chosen apabila pasukan itu berada dalam ranking tercorot pada minggu ini.

Sebelum liga bermula, The Chosen telah berbelanja sebanyak RM8.95 juta dalam jendela perpindahan pemain.

BACA: Bidaan PEL:  Team Chosen ‘shopping’ player

Menurut satu kenyataan The Chosen di Weibo pada malam tadi, pihaknya menyifatkan kegagalan tersebut adalah berpunca daripada masalah taktikal meskipun dibarisi oleh tiga pemain bintang

Namun begitu, ramai penyokong The Chosen memberi sokongan moral kepada para pemain dan percaya pasukan itu akan bangkit pada minggu kedua liga PEL.

Sementara itu, pasukan Qing Jiu Club menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mengutip satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) tetapi gagal untuk mara ke Final Mingguan 1 PEL S3 2021.

Qing Jiu Club cuba untuk bangkit pada saat-saat akhir namun terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Berikut adalah keputusan WWCD pada hari ini:
Map 1 – Team Game
Map 2 – Team Pai
Map 3 – 4 Angry Men
Map 4 – Qing Jiu Club
Map 5 – ShowTime

Esok merupakan hari pertama Final Mingguan 1 PEL S3 2021.

Lima pusingan akan dimainkan dan juara mingguan akan membawa pulang kira-kira RM654,000 (1 juta Yuan)

Kejohanan Peacekeeper Elite League musim ketiga boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved