Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Nova Esports tunjuk kualiti juara

Published

on

Foto: Huya / PEL

NOVA Esports membuka tirai kejohanan liga Peacekeeper Elite League (PEL) musim ketiga dengan penuh bergaya apabila berjaya mengutip dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dalam lima pusingan yang dimainkan semalam.

Kedua-dua WWCD tersebut dikutip pada pusingan ketiga dan kelima sekaligus layak ke peringkat Weekly Final 1 yang akan dimainkan pada 21 dan 22 Ogos.

Pemain bintang Nova Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) sekali lagi mempamerkan persembahan bertaraf dunia apabila berjaya mendapatkan 16 mata bunuh.

Paraboy juga menjadi pemain yang mencatatkan mata kesan musnah keseluruhan yang tertinggi sekaligus dianugerahkan sebagai pemain terbaik keseluruhan pada semalam.

Rakan sepasukan Paraboy iaitu Zeng Zehai (Order) turut mencipta rekod peribadi pada semalam.

Order berjaya mengatasi angka mata bunuh ke-900, menjadikan beliau pemain di tangga kedua dengan mata bunuh terbanyak dalam sejarah liga PEL.

Berikut adalah keputusan WWCD semalam:
Map 1 – Royal Never Give Uo
Map 2 – Team Chosen
Map 3 – Nova Esports
Map 4 – Tong Jia Bao Esports
Map 5 – Nova Esports

Turut mara ke peringkat Weekly Final adalah pasukan LGD Gaming yang menamatkan hari di tangga ketiga kesuluruhan.

Terdapat sikit kelainan bagi liga PEL musim ini berbanding musim yang lepas apabila terpaksa diadakan secara atas talian.

Menurut pihak rasmi Peace Elite, liga PEL terpaksa berbuat demikian atas faktor keselamatan para pemain berikutan kes Covid-19 yang kembali meningkat di China.

Kejohanan Peacekeeper Elite League musim ketiga boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul mingguan kira-kira sebanyak RM1.24 juta (1.89 juta Yuan).

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved