Connect with us

PUBG Mobile

☝🏻❤️: ‘Arwah Hahagus buktikan boleh berjaya dengan esports’ – Abang

Published

on

Foto: Kiriman keluarga, FB / Redsea Esports

KUALA LUMPUR – Sejak memulakan kerjaya dalam bidang e-sukan beberapa tahun lalu, Allahyarham Agusalim Amran (Agus) banyak membantu keluarganya kata abang, Ali Sofhuan Amran.

Ali berkata Allahyarham Agus berjaya membuktikan kerjaya e-sukan juga boleh menyara keluarga.

“Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan saya seorang adik yang dahulunya tidak mempunyai apa-apa tapi dia mengubah nasibnya dengan begitu drastik.

“Dia yang paling banyak membantu keluarga. Terima kasih sebab membantu keluarga, Agus.

“Terima kasih sebab kau (Agus) sudah membuktikan yang kau berjaya dalam dunia e-sukan menerusi kejohanan yang kau sertai ketika masih hidup,” kata Ali dalam satu catatan di media sosial baru-baru ini.

Jelas Ali, dia pastinya akan merindui untuk menonton live di Facebook dan Instagram arwah adiknya itu.

Ali juga berkata dia dan keluarga sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang dilakukan Allahyarham Agus.

Allahyarham Agus telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh pada Jumaat lalu, jam 8.56 malam setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.

Allahyarham Agus merupakan jurulatih bagi skuad PUBG Mobile popular tanah air, SEM9.Gank.

Hasil bimbingan Allahyarham Agus, skuad Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama dalam sejarah, pada 3 Mei 2020 bersama pasukannya yang sebelum ini dikenali Yoodo Gank.

Sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain profesional PUBG.

Allahyarham Agus ketika bersama pasukan Redsea Esports. – Foto FB / Redsea Esports

Allahyarham pernah bermain untuk pasukan Redsea Esports pada tahun 2017 sehingga 2020.

Antara pencapaian Allahyarham termasuklah menjuarai Siri PUBG Malaysia 2019 dan melayakkan diri ke kejohanan antarbangsa seperti Kejohanan PUBG Asia Tenggara 2019 di Thailand Esports Arena serta Kejohanan Asia Tenggara PUBG Siri 2020.

Pada tahun 2020-2021, Allayarham menyertai pasukan PUBG yang baru iaitu SEAGM.Wulf.

Allahyarham Agus juga sering melakukan penstriman langsung sehingga mempunyai pengikut melebihi 88,800 pengikut di Facebook Gaming, setakat Ogos 2021.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved