Connect with us

PUBG Mobile

Liga PEL kembali, tawar hadiah RM1.24 juta mingguan

Published

on

Foto: Huya / PEL

KEJOHANAN terbesar Game For Peace (GFP) di China, Peacekeeper Elite League musim ketiga (PEL S3)2021 akan membuka tirai pada 19 Ogos nanti.

PEL S3 2021 bakal menawarkan hadiah wang terkumpul mingguan kira-kira sebanyak RM1.24 juta (1.89 juta Yuan).

Liga PEL akan berlangsung selama lima minggu dan juara mingguan akan membawa pulang kira-kira RM654,000 (1 juta yuan). 

Tiada sebarang perubahan dari segi format pertandingan bagi musim ini.

20 pasukan akan bertanding pada peringkat liga dan 15 pasukan teratas pada peringkat itu akan ke peringkat final yang akan berlangsung pada pada 23 hingga 26 September.

Banyak gergasi China telah membuat rombakan bagi pasukan masing-masing sebagai persiapan musim kali ini dan dijangka saingan bagi musim ketiga akan menjadi lebih rancak berbanding dua musim yang lepas pada tahun ini.

Pasukan seperti Team Chosen telah berbelanja sebanyak RM8.95 juta semasa jendela perpindahan.

Team Chosen kini dilihat sebagai salah satu pasukan yang akan merebut kejuaraan PEL.

BACA: DaQuan paling mahal dengan harga RM4.3 juta, Team Chosen ‘shopping’ player

Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki untuk mendaftar sepuluh pemain sebelum musim bermula. 

Kejohanan Peacekeeper Elite League musim ketiga boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Sementara itu, Tencent Games telah mengeluarkan trailer PEL dengan kerjasama francais League of Legends pada 1 Ogos yang lalu.

League of Legends merupakan permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang sangat terkenal di China. Dianggarkan hampir 111 juta penduduk di China yang bermain League of Legends pada tahun 2017.

 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved