Connect with us

PUBG Mobile

Belasungkawa: Jenazah Agus selamat dikebumikan

Published

on

Foto: Kiriman Pembaca /  Muhammad Fitri Tolip

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Agusalim Amran (Agus) telah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut Dalam, di sini kira-kira jam 2 petang tadi. 

Perkara itu dimaklumkan kenalan arwah, Muhammad Fitri Tolib kepada WTM Today seketika tadi.

Menurut Fitri, Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Allahyarham Agus juga telah dilakukan selepas jenazah dikebumikan.

Selain keluarga terdekat, pemain-pemain SEM9.Gank seperti Azim Ikromi (Draxx), Faizul Iskandar Putra (Putra), Hakim Saddar (Bravo) dan Azim Haris Puhatdi (Wrydep) turut kelihatan menziarai pusara arwah, berdasarkan foto yang dikirimkan.

Allahyarham Agus menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh pada jam 8.56 malam tadi setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.

Allahyarham Agus merupakan jurulatih bagi skuad PUBG Mobile popular tanah air, SEM9.Gank.

Hasil bimbingan Allahyarham Agus, skuad Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama dalam sejarah, pada 3 Mei 2020 bersama pasukannya yang sebelum ini dikenali Yoodo Gank.

Sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain profesional PUBG.

Al-Fatihah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved