Connect with us

PUBG Mobile

Belasungkawa: “Jangan sedih sebab adik saya, dia pergi dengan penuh kebaikan” – Abang Agus

Published

on

KUALA LUMPUR – Abang kepada Allahyarham Agusalim Amran (Agus), Ali Sofhuan Amran, memohon kepada orang ramai agar tidak terlalu bersedih dengan peninggalan adiknya itu.

Ali berkata dia berharap orang ramai juga boleh mendoakan pesakit-pesakit lain, yang turut bertarung nyawa dengan Covid-19.

“Tolong doakan untuk orang lain juga ya. 

“Jangan sedih sebab adik saya ya. Dia pergi dengan penuh kebaikan,” kata Ali kepada WTM Today.

Dia juga berkongsikan bahawa urusan jenazah Allahyarham Agus akan dilakukan pada hari ini. 

Ali berkata, pihaknya sudah berada di hospital sejak pagi tadi untuk melakukan pengurusan jenazah.

“InsyaAllah saya akan update (kemas kini pengurusan jenazah), tapi sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada mereka yang pernah bertanya khabar mengenai adik saya.

“Terima kasih kerana melakukan majlis bacaan Yassin. 

“Terima kasih juga kerana banyak membantu arwah ketika dia masih hidup. InsyaAllah, Allah akan membalas jasa anda semua,” kata tambah Ali.

Allahyarham Agus menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 8.56 malam tadi setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.

Allahyarham Agus merupakan jurulatih bagi skuad PUBG Mobile popular tanah air, SEM9.Gank.

Hasil bimbingan Allahyarham Agus, Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama pada 2020 bersama pasukannya yang sebelum ini dikenali Yoodo Gank.

Sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain kompetitif PUBG.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved