Connect with us

PUBG Mobile

Belasungkawa: “Nama Hahagus akan kami guna dalam tour” – Draxx 

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain-pemain skuad PUBG Mobile SEM9.GANK mahu meneruskan legasi jurulatihnya, Allahyarham Agusalim Amran (Agus).

Pemain SEM9.Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) berkata pihaknya akan menggunakan nama Allahyarham Agus iaitu Hahagus dalam kejohanan akan datang. 

“InsyaAllah, namanya akan kami gunakan dalam kejohanan yang akan datang,” kata Draxx.

Draxx berkata demikian dalam selepas satu Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin di Zoom pada malam tadi.

Draxx juga telah menggunakan nama “HahaDraxx” sebagai nama pengguna Zoomnya ketika menyertai majlis itu.

Draxx (bawah) menceritakan mengenai kebaikan Allahyarham Agus dalam satu sesi Zoom pada malam tadi. – Foto Zoom

Sementara itu, Draxx juga meluahkan bahawa kehilangan Allahyarham Agus adalah ibarat kehilangan abang sendiri.

“Kalau dia ada berhutang dengan siapa-siapa, tolong pm saya. 

“Saya akan melangsaikannya. Saya tidak teragak-agak untuk tolong dia.

“InsyaAllah, syurga untuk Agus,” tambah Draxx.

Allahyarham Agus menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 8.56 malam tadi setelah bertarung nyawa dengan Covid-19.

Allahyarham Agus merupakan jurulatih bagi skuad PUBG Mobile popular tanah air, SEM9.Gank.

Hasil bimbingan Allahyarham Agus, Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama pada 2020 bersama pasukannya yang sebelum ini dikenali Yoodo Gank.

Sebelum bergelar sebagai seorang jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain kompetitif PUBG.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved