Connect with us

PUBG Mobile

YSX dapat Chicken sulung, dahului ranking Weekday 2

Published

on

Foto: PUBG Mobile / YSX Esports

KUALA LUMPUR – Pencabar baharu Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021, YSX Esports (YSX) mendominasi ranking Weekday 2 setakat ini.

YSX yang ketinggalan peringkat Super Weekend 1 lalu menunjukkan satu kebangkitan yang sangat baik sepanjang empat pusingan yang disertai semalam.

Pasukan itu kini mendahului ranking Weekday 2 dengan catatan 59 mata dan satu kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD). 

Menurut pemain YSX, Muhammad Fadzlin (Poreng), pihaknya telah menukarkan beberapa strategi permainan untuk minggu ini.

“Kami memilih untuk bermain secara agresif pada awal permainan.

“Pada peringkat pertengahan permainan, kami akan memperlahankan rentak dan memberi tumpuan kepada koordinasi pasukan untuk mendapatkan lebih banyak mata kedudukan,” kata Poreng dalam satu temu bual PMPL MYSG S4, selepas memenangi satu WWCD di pusingan ketiga di Miramar pada malam tadi.

YSX merupakan satu pasukan e-sukan yang ditubuhkan oleh pelakon popular dan penghibur penstriman langsung, Yana Samsudin.

Yana Samsudin atau YanaSamsudinX telah menyertai arena penstriman lansung sejak Ogos 2019 dan mempunyai lebih 589,000 pengikut di Facebook Gaming.

Berikut adalah barisan utama pemain YSX dalam PMPL MYSG S4:

  • Muhd Safuan Sufian (YSXChikGaming)
  • Izzat Ikhwan (YSXWhyRi )
  • Muhammad Fadzlin (YSXPORENG)
  • Muhamad Nafis Zahid (YSXDollah)
  • Amirul Aliff Imran (YSXRememberMe)

PMPL MYSG S4 kini telah memasuki fasa Weekday 2. Berikut adalah keputusan pemenang WWCD bagi lima pusingan yang dimainkan semalam: 

  • Map 1 – Erangel – AlG R2K
  • Map 2 – Miramar – YSX Esports
  • Map 3 – Erangel – AXIS RedOne
  • Map 4 – Miramar – Team Secret
  • Map 5 – Erangel – Farang Lejund

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved