Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Fredo kuasai top kills, uHigh paling banyak damage, siapa paling power setakat ini?

Published

on

SELEPAS dua minggu Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) berlangsung, berikut adalah statistik pemain-pemain yang menguasai carta mata bunuh, kesan bunuh dan healing terbanyak setakat ini:

Rusher pasukan “The One and Onleh” Yoodo Gank, Fuad Razali (Fredo) kini mendahului carta bunuh keseluruhan dengan 59 mata bunuh setakat ini.

Lima mata di belakang Fredo, Terminator PMPL MYSG Musim Pertama, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) giat mengejar kedudukan teratas tersebut dengan mempamerkan prestasi agresif sepanjang minggu kedua untuk mengutip mata bunuh.

Usaha tersebut sekaligus memberikan gelaran Terminator minggu kedua kepada uHigh apabila berjaya mengutip 31 mata bunuh sepanjang minggu kedua tersebut.

Pemenang Terminator liga akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM4,980 (AS$1200).

Gandingan yang memberikan kesan bunuh tertinggi pula merupakan combo uHigh+Madtoi yang berjaya memberikan 21,820 kesan bunuh sepanjang dua minggu kejohanan.

Di tempat kedua, gandingan dari pasukan Resurgence, Alexis Aw (Smallboy) dan Muhd Imran Rosli (Vokey) berjaya menyerlah dengan 20,523 kesan bunuh yang diberikan.

Dynamic duo dari Yoodo Gank, Fredo dan Draxx menduduki tempat ketiga apabila berjaya mmberikan 19,773 kesan bunuh.

Pemain muda pasukan Team Secret MY, uHigh sekali lagi menunjukkan kemahirannya sebagai antara fragger terbaik Asia Tenggara apabila menduduki kedudukan teratas bagi kesan bunuh (damage) tertinggi semenjak liga bermula.

Pemain yang baru sahaja mewakili negara dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur itu berjaya memberikan 11,385 kesan bunuh.

SmallBoy dari Resurgence, DamRude dari GeekFam, Yoodo Fredo dan rakan sepasukan uHigh, Madtoi melengkapkan kelompok lima pemain yang memberikan kesan bunuh tertinggi.

Gelaran Healer tertinggi pula diberikan kepada pemain NED Brotherhood, Iskandar Zulkernien (Izz) yang berjaya untuk menyembuh 6446 daripada kesan bunuh.

PMPL MYSG masih lagi berlangsung untuk minggu ketiga, setiap hari Selasa sehingga Ahad bermula jam 5 petang dan 2 petang untuk hujung minggu.

PMPL MYSG yang berlangsung sehingga 27 September nanti menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved