Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: uHigh terus agresif, terpilih sebagai Terminator minggu kedua

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pemain profesional PUBG Mobile dari pasukan Team Secret MY berjaya mendapat gelaran Terminator minggu kedua apabila berjaya mengutip 31 mata bunuh dalam minggu kedua Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Minggu Kedua..

Foto: PUBG Mobile

Terminator liga bagi musim pertama itu memaparkan aksi yang agresif sepanjang permulaan minggu kedua untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada musim lalu.

Pemain termuda Team Secret MY itu turut memberikan kesan bunuh tertinggi bagi minggu ini apabila berjaya memberikan sebanyak 6801 kesan bunuh sekaligus mendahului carta kesan bunuh keseluruhan liga.

Menerusi kemenangan itu, uHigh berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM830 (AS$200) bagi gelaran Terminator tersebut.

Prestasi cemerlang uHigh dalam pasukan Team Secret MY juga berjaya membuahkan hasil untuk Team Secret apabila berjaya menjadi pasukan terbaik minggu ini.

Team Secret MY berjaya mengutip 90 mata bunuh pada minggu kedua kejohanan.

Ia merupakan gelaran kedua bagi Team Secret MY apabila berjaya menjadi pasukan terbaik liga dua minggu berturut-turut.

Menerusi kemenangan ini, Team Secret MY membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM2,280 (AS$550).

Saksikan Team Secret bersama 23 pasukan lain di PMPL MY SG secara eksklusif melalui Facebook Gaming.

PMPL MYSG akan berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan kira-kira RM625,000 (AS$125,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved