Connect with us

PUBG Mobile

Pasukan no.1 India gagal layak ke PMPL, tidak berpuas hati atas diskriminasi terhadap pasukan kecil

Published

on

Foto: Facebook / Celtz

JUARA Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan (PMPL SA) Musim Pertama, Galaxy Racer Celtz (GXR Celtz) tidak berjaya untuk melayakkan diri ke kejohanan musim keduanya sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan tersebut.

Ia berikutan pasukan tersebut terpaksa akur berada tempat kesembilan dalam kejohanan kelayakan, PMCO India Musim Luruh 2020 baru-baru ini sekaligus berada di luar kelompok lima pasukan terbaik yang akan layak ke peringkat PMPL SA.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile
Foto: Youtube/ PUBG Mobile

Pihak GXR Celtz sebelum ini telahpun meluahkan perasaan ketidakpuasan hati menerusi beberapa platform media sosial atas keputusan pihak penganjur yang tidak memberikan pasukan mereka jemputan terus ke musim seterusnya.

Tiada perasaan yang dapat diungkap kapten pasukan GXR Celtz, Yogesh Yadav (Roxx) dari India melainkan rasa sedih yang teramat apabila mengetahui bahawa pasukan mereka tidak mendapat jemputan terus ke Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SA) Musim 2.

Pasukan GXR Celtz, yang sebelum ini pernah menyertai Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, tidak tersenarai dalam senarai pasukan jemputan terus ke PMPL SA Musim 2 yang diumumkan pada Julai yang lalu.

Antara pasukan lain yang tersenarai mendapat jemputan terus termasuklah pasukan Soul, TSM Entity, Fnatic, MegaStars, Godlike, Orange Rock, Synerge, Marcos Gaming, VSG Crawlers, PowerHouse, Team IND dan U Mumba Esports.

Pasukan-pasukan yang mendapat jemputan terus itu berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik bagi peringkat liga PMPL SA.

Celtz pada ketika itu hanya berjaya menduduki tangga ke-13 bagi peringkat liga.

“Kami cuba untuk berhubung dengan pihak penganjur mengenai isu ini dan membuat rayuan diskriminasi.

“Namun kami tidak akan terlalu memberi tumpuan kepada kes ini. Sebaliknya kami akan cuba untuk memperbaiki kesilapan kami dan cuba pamerkan prestasi memberangsangkan dalam kejohanan PMCO nanti,” jelas Roxx ketika dihubungi WTM Today sebelum kejohanan PMCO bermula.

Pasukan GXR Celtz bagaimana pun gagal untuk memaparkan prestasi yang cemerlang ketika kejohanan PMCO tersebut apabila hanya berjaya mengutip satu Chicken Dinner dan kurang konsisten sepanjang kejohanan.

Kejohanan peringkat akhir PMCO India Musim Luruh menawarkan kira-kira RM121,180 (AS$29,200).

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved