Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Pertolongan S8ul kunci kebangkitan semula TSM Entity

Published

on

WALAUPUN kecundang dalam untuk melayakkan diri ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, pasukan Soul dari India tidak keberatan untuk membantu pasukan senegara mereka, TSM Entity dalam misi untuk menjuarai Liga Dunia PUBG Mobile Timur (PMWL) dengan menyediakan tempat latihan (bootcamp) dengan jaringan internet laju.

Foto: Instagram/ tsment.sid

Pasukan TSM Entity yang sebelum ini berjaya mendapat tempat kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SA) mempamerkan aksi yang kurang memberangsangkan pada minggu pertama kejohanan apabila menduduki tangga ke-14 dengan 55 mata.

Menurut TSM Entity, ia berikutan pasukan itu menghadapi jaringan Internet dan rangkaian yang kurang stabil berbanding pasukan-pasukan lain.

Lantaran itu, pengurus pasukan TSM Entity, Siddhant Joshi (Sid), mengumumkan bahawa pasukan mereka akan bermain di tempat latihan pasukan S8ul (gabungan pasuka PUBG Mobile India Soul dan 8-Bit) sehingga masalah jaringan mereka dapat diselesaikan.

“Walaupun mereka merupakan pesaing dalam perlawanan, namun mereka (S8ul) tetap membantu kami sebaik mungkin.

“Ketika saya menghubungi 8Bit Thug dan dia membantu kami dalam masa 5 minit sahaja. Inilah kerjasama yang diperlukan oleh India sekarang.

“Kami akan bermain baki perlawanan-perlawanan PMWL selanjutnya di tempat latihan pasukan S8ul,” jelas Sid di Instagram peribadinya.

Menerusi inisiatif Sid pasukan TSM Entity berjaya mencatatkan satu kemunculan semula pada minggu kedua peringkat Super Weekend dengan melonjak dari tempat ke-14 hinggalah kedudukan ke-10 dengan 197 mata keseluruhan.

Pemenang tempat kelima dalam kejohanan PMCO Fall Split 2019 Global Finals itu turut mendapatkan tiga Chicken Dinner pada Super Weekend kali ini.

Pemain mereka, Jonathan Jude Amaral (Jonathan) yang memegang peranan assaulter, menjadi salah satu kunci kebangkitan semula TSM Entity pada hari kedua apabila berjaya memenangi perlawanan Erangel berseorangan sekaligus merajai carta bunuh hari kedua.

Pengurus pasukan TSM Entity, Sid memberi penghargaan kepada pengurusan pasukan Soul dan 8-Bit yang membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah jaringan Internet

Foto: Instagram/ tsment.sid
Suasana di tempat latihan S8ul (8-Bit+Soul)
Video: Instagram/ tsment.sid

Pasukan TSM Entity yang kini berada di kedudukan ke-10 sedang berjuang untuk meneruskan prestasi mereka yang hebat dalam hari ketiga Super Weekend nanti.

20 pasukan Asia yang bertanding PMWL Timur ketika ini sedang bertarung untuk mendapatkan slot ke final pada 6-9 Ogos nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved