Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Team Secret MY kuasai Super Weekend minggu kedua, bawa pulang RM8,500

Published

on

Foto fail: PUBG Mobile Esports

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile negara Team Secret MY berjaya mendapat tempat pertama dalam Super Weekend minggu kedua Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Team Secret MY yang dibarisi Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Asyam Allam (Rex), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Raymond Tan (iShotz) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) menduduki tangga teratas minggu kedua Super Weekend dengan 186 mata secara keseluruhan.

Team Secret MY berada lapan mata di hadapan juara dunia PMCO Fall Split 2019, Bigetron Red Aliens yang mengutip 178 mata.

Menerusi kemenangan di tempat pertama dalam Super Weekend 2, Team Secret MY membawa pulang kira-kira RM8,500 (AS$2,000).

BACA: PMWL: Kebangkitan semula Team Secret MY, lonjak 5 anak tangga

Menurut pemainTeam Secret MY, uHigh, peningkatan ketara prestasi pasukannya berbanding minggu lepas adalah berikutan beberapa faktor, termasuk penukaran posisi (rotation) dalam permainan.

“Saya bangga dengan prestasi Team Secret MY pada minggu ini.

“Banyak perubahan yang kami telah lakukan. Kami melihat dan mengkaji semula corak permainan pasukan-pasukan lain selepas tamat perlawanan.

“Kami mendapat momentum dari peringkat League Weekend 2 dan berjaya mengekalkannya sehingga ke peringkat Super Weekend,” jelas uHigh.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile esports

Team Secret MY kini berada di tempat ketujuh dengan 283 mata secara keseluruhan selepas dua minggu peringkat Super Weekend diadakan.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank akan ketinggalan 15 pusingan dalam Super Weekend kali ini turun ke tangga ke-15 dari tangga keempat sebelum ini.

Peringkat Super Weekend Minggu Kedua PMWL Timur akan berlangsung sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Finals

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Indonesia

JUARA dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Bigetron Red Aliens sekali lagi menunjukkan bahawa mereka merupakan pasukan bertaraf dunia apabila muncul sebagai juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA layak secara merit ke kejohanan PMPL Asia Tenggara (SEA Finals) Musim Kedua yang bakal memaparkan aksi-aksi pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara nanti.

Bigetron RA berjaya mengutip 831 mata secara keseluruhan, 61 mata di hadapan ION Esports yang menduduki tempat kedua.

Sempat ketinggalan 40 mata lebih antara ION Esports, Bigetron RA berjaya melakukan kebangkitan yang menakjubkan dengan mengutip tiga Chicken Dinner sekaligus melonjak ke kedudukan teratas.

BACA: PMPL Indonesia: “Ngeprank”?Juara dunia BTR RA kutip lagi tiga Chicken Dinner

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Walaupun mendominasi carta keseluruhan, pemain-pemain Bigetron RA terpaksa akur apabila gelaran MVP dan terminator liga PMPL Indonesia jatuh ke tangan pemain pasukan ION Esports, Eksarachman Jayanto (RedFaceN).

RedFacen berjaya mengutip rating sebanyak 1.64 dan mendahului carta bunuh liga dengan, 138 mata bunuh secara total.

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Kelayakan pasukan Bigetron RA ke peringkat Asia Tenggara sekaligus menimbulkan persoalan samada pasukan itu mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya untuk mempertahankan gelaran juara dunia.

PMPL Indonesia telah berlangsung sejak 14 Ogos yang lalu dan akan tamat pada 27 September.

Liga PMPL Indonesia menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL: Yoodo Gank sah dapat slot ke PMPL SEA Final

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR- Pasukan profesional PUBG Mobile yang sinonim dengan gelaran “The One and Onleh”, Yoodo Gank sah mendapatkan slot automatik ke kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) bagi Musim Kedua.

Ia berikutan kemenangan pasukan tersebut dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan dalam penstriman langsung Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua seketika tadi.

Dalam PMPL MYSG Musim Kedua, Yoodo Gank menamatkan saingan bagi peringkat liga di tangga kesembilan dengan 549 pungutan mata.

Yoodo Gank yang terdiri daripada Azim Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (Man Parang), Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki) berjaya mengutip empat Chicken Dinner secara total sepanjang peringkat liga.

Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

Kapten pasukan Manparang pernah berkata dalam satu temubual tamat perlawanan bahawa peringkat liga PMPL menjadi platform bagi pasukan mereka untuk membina keserasian bersama ahli baharu, iNaoki sebelum peringkat akhir PMPL nanti.

Selain itu, pasukan Team Secret MY turut bakal mewakili negara Malaysia ke kejohanan Asia Tenggara tersebut nanti selepas muncul sebagai penyandang tempat pertama peringkat liga dengan 760 mata jauh di hadapan pasukan-pasukan lain.

Dua lagi slot akan diberikan kepada pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa itu dan ia akan ditentukan pada 25-27 September nanti dalam gelanggang terakhir 16 pasukan terbaik Malaysia, Grand Final PMPL MYSG! ⁣

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL: uHigh mempertahankan gelaran Terminator kejohanan Liga PMPL Musim Kedua

Published

on

KUALA LUMPUR– 104 mata bunuh.

Itu jumlah yang berjaya dikutip oleh pemain profesional PUBG Mobile, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY untuk mempertahankan gelarannya sebagai Terminator Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) bagi Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, pemain yang berusia 16 tahun itu membawa pulang kira-kira RM4,980 (AS$1,200).

Pada hari terakhir kejohanan liga PMPL MYSG, uHigh berjaya mengutip sebanyak empat mata bunuh untuk mengekalkan kedudukannya di tangga teratas carta Terminator liga.

Berikut merupakan lima pemain PMPL MYSG yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi sepanjang empat minggu liga berlangsung;

  • 1) Secret uHigh – 104 mata bunuh
  • 2)RSG IronPro – 99 mata bunuh
  • 3)Yoodo Fredo – 98 mata bunuh
  • 4) SMG Putra – 96 mata bunuh
  • 5)J8 DamQT – 95 mata bunuh

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

uHigh bersama pasukan Team Secret MY juga berjaya menduduki tangga teratas bagi peringkat liga PMPL MYSG sekaligus berjaya melayakkan diri ke kejohanan PMPL Asia Tenggara nanti.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY juga berjaya meloloskan diri ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) dan akan menyertai pasukan senegara Yoodo Gank ke peringkat itu.

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Jangan lupa saksikan peringkat akhir kejohanan PMPL MYSG pada 25 September nanti yang akan melibatkan 16 pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura.

PMPL MYSG menawarkan hadiah wang terkumpul RM 620,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved