Connect with us

PUBG Mobile

“Bocah ajaib” Team Secret tersenarai jumlah kill terbanyak Super Weekend 2

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile termuda negara, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY berjaya tersenarai dalam rangking mata bunuh (kills) terbanyak pada minggu kedua peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Penembak terbaik Liga Profesional PMPL MY/SG itu, menempatkan diri di tempat kedua secara keseluruhan dengan mendapatkan 26 mata bunuh dalam carta bunuh minggu kedua Super Weekend.

Pada dua hari pertama Super Weekend 2, uHigh menunjukkan aksi yang cemerlang dengan corak permainan agresif sehingga mampu mendapatkan 22 mata bunuh.

Carta bunuh hari satu Super Weekend minggu kedua
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports
Carta bunuh hari kedua Super Weekend minggu kedua
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports
Carta bunuh keseluruhan pada Super Weekend 2
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Mata bunuh tinggi yang dikumpulkan oleh uHigh sememangnya menjadi salah satu faktor kebangkitan semula pasukan Team Secret MY dalam cabaran peringkat Super Weekend Minggu Kedua.

Team Secret MY yang dibarisi Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Asyam Allam (Rex), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Raymond Tan (iShotz) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) menduduki tangga teratas minggu kedua Super Weekend dengan 186 mata secara keseluruhan.

Menerusi kemenangan di tempat pertama dalam Super Weekend 2, Team Secret MY membawa pulang kira-kira RM8,500 (AS$2,000).

Dalam satu temubual tamat perlawanan, pemain Team Secret MY, uHigh, menjelaskan peningkatan ketara prestasi pasukannya berbanding minggu lepas adalah berikutan beberapa faktor, termasuk penukaran posisi (rotation) dalam permainan.

BACA: PMWL: Team Secret MY kuasai Super Weekend minggu kedua, bawa pulang RM8,500

Team Secret MY kini berada di tempat ketujuh dengan 283 mata secara keseluruhan selepas dua minggu peringkat Super Weekend diadakan.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank akan ketinggalan 15 pusingan dalam Super Weekend kali ini turun ke tangga ke-15 dari tangga keempat sebelum ini.

Saksikan minggu ketiga PMWL Timur pada jam 8 malam nanti di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved