Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Yoodo Gank, BTR RA dalam kedudukan bahaya untuk layak ke Super Weekend

Published

on

Foto : Facebook / Yoodo Gank

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile negara Yoodo Gank kini berada dalam kedudukan bahaya untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile Profesional (PMWL) Timur selepas menamatkan hari pertama League Weekend di tempat ke-17 dengan 21 mata.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Pasukan nombor satu Asia tengara ini perlu berada dalam kelompok 16 pasukan teratas untuk mara ke peringkat Super Weekend bagi menyumbangkan mata keseluruhan liga.

Pasukan Yoodo Gank sebelum ini kurang bernasib baik apabila gagal untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend minggu kedua dengan beza 1 mata sahaja di belakang pasukan Korea Selatan, T1.

BACA: PMWL: Hanya 1 mata, bukan rezeki Yoodo Gank ke Super Weekend 2

Yoodo Gank yang kini berada di tangga ke-17, perlu mencari jalan untuk mengumpul lebih banyak mata pada hari kedua peringkat League Weekend bagi melayakkan diri ke peringkat akhir PMWL Timur yang akan diadakan pada 6 hingga 9 Ogos nanti.

Satu lagi wakil negara, Team Secret MY berada di kedudukan ke-13 dengan 28 mata.

Sementara itu, juara dunia PMCO Fall Split Global 2019, Bigetron Red Aliens turut berada dalam kedudukan bahaya apabila menduduki tempat ke-19 selepas lima pusingan League Weekend dimainkan.

Gagal meneruskan momentum daripada peringkat Super Weekend yang lalu, Bigetron RA yang kini berada pada kedudukan pertama pada peringkat keseluruhan liga mengalami cabaran dalam misi kelayakan ke peringkat akhir Super Weekend bagi mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas.

Bagi jaguh India, TSM Entity mendominasi carta hari pertama peringkat League Weekend minggu kedua apabila berjaya memperoleh 69 mata keseluruhan.

Pasukan TSM Entity memaparkan prestasi yang sangat cemerlang sejak kebelakangan ini dan menunjukkan kebangkitan semula dalam carta keseluruhan liga baru-baru ini.

Salah satu faktor utama kebangkitan pemenang tempat kelima PMCO Fall Split 2019 termasuklah penukaran tempat latihan dengan jaringan Internet yang lebih laju yang dibantu oleh pasukan senegara Soul dan 8Bit.

BACA: PMWL: Pertolongan S8ul kunci kebangkitan semula TSM Entity

Saksikan hari kedua minggu ketiga PMWL Timur pada jam 8 malam esok di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved