Connect with us

PUBG Mobile

Analisis PMWL: Malang “Third Party” menghantui pasukan negara

Recap League Weekend W3 D1 PMWL Timur.

Published

on

HARI yang kurang memuaskan bagi pasukan-pasukan negara, Team Secret MY dan Yoodo Gank dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur yang masing-masing menduduki tangga ke-13 dan tangga ke-17 selepas 5 pusingan League Weekend pada semalam.

Pasukan Yoodo Gank dan Team Secret MY perlu berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik untuk mara ke peringkat Super Weekend bagi menyumbang kepada mata keseluruhan liga.

Pada hari pertama League Weekend Minggu ketiga (W3 D1), sering dilihat pasukan-pasukan profesional PUBG Mobile negara diserang hendap oleh pihak ketiga sewaktu dalam pertembungan dengan pasukan lain.

Situasi ini menyebabkan pasukan-pasukan negara sukar memenangi pertembungan-pertembungan kerana perlu memfokuskan kepada dua pasukan secara serentak.

Pada pusingan ketiga di peta Erangel, pasukan Team Secret MY menjadi mangsa pihak ketiga apabila diserang hendap oleh pemain tunggal King of Gamers Club (KOG), Paphawin Thanayotpinyo (sOUp77).

Pada awal pertembungan di zon-zon terakhir, percaturan bijak pemain Team Secret MY, Raymond Tan (iShotz) yang membuat penukaran posisi berjaya melumpuhkan seorang pemain Orange Rock, Arshpreet Gill Singh (Gill) dan memberikan kesan bunuh tinggi terhadap satu lagi pemain mereka, (Tanmay Singh) Scout.

Harapan untuk mendapatkan Chicken Dinner menyebelahi Team Secret yang mempunyai jumlah anggota pemain lebih ramai dihancurkan oleh pemain KOG yang membuat serangan hendap terhadap iShotz dengan das-das tembakan M416.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports

Pada pusingan keempat di Miramar pula, pasukan Yoodo Gank terpaksa mempertahankan serangan hendap daripada dua pasukan berbeza iaitu NoChance dan Bigetron Red Aliens ketika memasuki zon selamat.

Peluang menjadi pihak ketiga dalam pertembungan di luar zon diambil oleh pemain Bigetron RA, Made Bagus Prabaswara (Luxxy) apabila berjaya menjatuhkan pemain-pemain Yoodo Gank, Aiman Amirul (Manparang) dan Fuad Alili (Fredo) yang menumpukan perhatian ke arah pasukan No Chance dari Mongolia.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Disekat oleh dua pasukan berbeza, pasukan Yoodo Gank terpaksa akur di tangga ke-15 bagi pusingan Miramar tersebut.

Pada pusingan terakhir di Erangel pula, pasukan Team Secret MY sekali lagi menjadi mangsa pihak ketiga apabila dikepung oleh pasukan TSM Entity dari India sewaktu bertembung dengan pasukan Thailand Valdus the Murder.

Sempat melumpuhkan seorang pemain Valdus the Murder, pemain Team Secret MY Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) terpaksa mengundur diri daripada perlawanan apabila ditekan pelbagai arah oleh pasukan TSM Entity.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Meski dalam tentangan hebat, kedudukan uHigh dikesan pemain-pemain Valdus the Muder yang sempat menghidupkan semula rakan sepasukan mereka selepas berperang menentang Team Secret MY.

Yoodo Gank yang kini berada di tangga ke-17, perlu mencari jalan untuk mengumpul lebih banyak mata pada hari kedua peringkat League Weekend bagi melayakkan diri ke peringkat akhir PMWL Timur yang akan diadakan pada 6 hingga 9 Ogos nanti.

BACA: PMWL: Yoodo Gank, BTR RA dalam kedudukan bahaya untuk layak ke Super Weekend

Satu lagi wakil negara, Team Secret MY berada di kedudukan ke-13 dengan 28 mata

Saksikan hari kedua minggu ketiga PMWL Timur pada jam 8 malam nanti di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved