Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Yoodo Gank, Team Secret berjaya layak ke peringkat Super Weekend terakhir

Published

on

KUALA LUMPUR- MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Pasukan-pasukan profesional PUBG Mobile negara, Team Secret MY dan Yoodo Gank berjaya melayakkan diri ke peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile Profesional (PMWL) Timur selepas masing-masing menamatkan hari kedua League Weekend di tempat ketujuh dan ke-13.

Pasukan Yoodo Gank sebelum ini kurang bernasib baik apabila gagal untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend minggu kedua dengan perbezaan satu mata sahaja di belakang pasukan Korea Selatan, T1.

BACA: PMWL: Hanya 1 mata, bukan rezeki Yoodo Gank ke Super Weekend 2

Namun demikian, pasukan yang sinonim dengan gelaran The “One and Onleh” itu menunjukkan bahawa mereka sememangnya layak digelar sebagai pasukan pertama Asia Tenggara apabila melakukan kebangkitan semula dalam carta keseluruhan League Weekend dengan melonjak dari tempat ke-17 hingga tempat ke-13.

Satu lagi pasukan negara, Team Secret MY menunjukkan aksi cemerlang terutamanya pada pusingan-pusingan akhir hari ini apabila berjaya mendapatkan Chicken Dinner di peta Miramar dengan 9 mata bunuh secara total.

Ia sekaligus mengesahkan kedudukan Team Secret MY dalam kedudukan pasukan 16 teratas untuk mara ke peringkat Super Weekend.

Saksikan pusingan-pusingan peringkat Super Weekend terakhir PMWL Timur pada jam 8 malam pada hari Jumaat hingga Ahad di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved