Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Siapa yang akan gagal mara ke peringkat final?

Published

on

TAMAT minggu terakhir peringkat League Weekend, pasukan negara Yoodo Gank dan Team Secret MY berjaya mara ke peringkat Super Weekend selepas berada dalam kelompok pasukan 16 teratas dalam 10 pusingan yang dimainkan.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports
Foto: Youtube/ PUBG Mobile

Kemunculan pasukan-pasukan negara dalam Super Weekend sebanyak dua kali ini sekaligus mengesahkan kemaraan Yoodo Gank dan Team Secret MY ke peringkat akhir pada 6 Ogos hingga 9 Ogos nanti.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, terdapat empat pasukan yang dilihat sukar untuk melayakkan ke peringkat final PMWL iaitu:

  • NoChance ????????
  • FreeStyle ????????
  • Nova Godlike ????????
  • Morph ????????

Keempat-empat pasukan NoChance, FreeStyle, NovaGodlike dan Morph masing-masing gagal melayakkan diri ke peringkat Super Weekend sebanyak 2 kali secara total.

Meski pasukan NovaGodLike dan Morph Team layak ke peringkat Super Weekend pada minggu ketiga, namun kedua-dua pasukan itu dilihat terlalu sukar untuk mengejar kedudukan mata pasukan Taiwan U Level Up yang turut layak ke peringkat itu.

Ketika ini in U Level Up mengumpul 103 mata secara keseluruhan.

Pasukan negara, Yoodo Gank yang berada di tangga ke-15 dengan 161 mata ketika ini dilihat berpotensi untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PMPL Timur.

Saksikan pusingan-pusingan peringkat Super Weekend terakhir PMWL Timur pada jam 8 malam pada hari Jumaat hingga Ahad di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 juga (AS$450,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved