PUBG Mobile
Recap League Weekend: Lonjakan Bigetron RA dari tempat ke-19 sehingga jadi namba 1
DI ambang penyingkiran peringkat League Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, pasukan PUBG Mobile profesional Indonesia, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) berjaya melakukan kebangkitan semula dalam memperbaiki carta keseluruhan.
Pasukan Bigetron RA memulakan minggu ketiga peringkat League Weekend dengan agak perlahan selepas hanya mencatatkan 17 mata dalam lima pusingan terawal hari pertama itu.

Tiga kali “Toosoon” atau terkeluar awal dari pusingan permainan bermakna pasukan Indonesia itu berada dalam keadaan bahaya dan berisiko untuk terkeluar dari saingan Super Weekend minggu ketiga.
BACA: PMWL: Yoodo Gank, BTR RA dalam kedudukan bahaya untuk layak ke Super Weekend
Namun demikian, pengalaman dan percaturan juara dunia ini sememangnya membuahkan hasil apabila pasukan itu berjaya menyapu dua Chicken Dinner berturut-turut pada hari kedua League Weekend 3, PMWL Timur.
Hari kedua League Weekend minggu ketiga dimulakan dengan aksi pasangan support Bigetron RA, Luxxy-Microboy meraih Chicken Dinner di zon-zon terakhir peta Miramar tersebut setelah berjaya menewaskan pemain-pemain Thailand dan Vietnam.
Pemenang kejohanan PMCO Fall Split 2019 itu berjaya mengekalkan momentum mereka di pusingan seterusnya dan sekali kali meraih Chicken Dinner, kali ini dengan 16 mata bunuh secara total.
Bigetron RA berjaya menunjukkan dominasi di peta Erangel bagi pusingan ketujuh itu dengan kemenangan mudah tanpa kehilangan sebarang pemain dalam zon-zon terakhir.
Prestasi cemerlang ini secara langsung memecut pasukan Bigetron RA ke tempat pertama secara keseluruhan dalam carta peringkat League Weekend dengan 114 mata secara keseluruhan.


Ia sekaligus mengesahkan kemaraan pasukan mereka ke peringkat Super Weekend di mana Bigetron RA akan cuba untuk mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas.
Pasukan negara, Team Secret MY dan Yoodo Gank berada di kedudukan ketujuh dan ke-13 masing-masing.
Saksikan Super Weekend terakhir PMWL Timur pada jam 8 malam esok di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.
PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.
