Connect with us

PUBG Mobile

BadMan mahu main PMPL pada musim akan datang

Published

on

Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD

“Saya rasa saya mampu berikan impak yang paling besar jika saya memainkan peranan sebagai pemain.”

Itu kata jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile Damansara Esports, Sean Tan Jien Rhen (BadMan) dalam sesi bual bicara eksklusif, PMPL Talkshow pada malam tadi.

Foto: PUBG Mobile

Pasukan BadMan, Damansara Esports kini menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) dan berada di tangga kesembilan secara keseluruhan dengan 264 mata.

Dengan kemasukan BadMan ke dalam organisasi Damansara Esports pada permulaan minggu kedua, pasukan tersebut kini melonjak dari tempat ke-19 hingga tempat kesembilan dan memaparkan corak permainan yang berbeza berbanding minggu pertama.

BadMan sebelum ini berkecimpung sebagai seorang pemain profesional Player Unknowns’ BattleGrounds (PUBG) bagi platform PC dan pernah mewakili negara dalam beberapa pertandingan antarabangsa seperti:

  • PUBG MY/SG Championship Qualifiers 2018 – Tempat Pertama (Team BAD)
  • Logitech G PUBG Masters 2018 Qualifiers – Tempat pertama (MSK Zeus)
  • Malaysian Cyber Games 2018 – Tempat Kelima (MML Esports)
  • PUBG SEA Championship MY Open Qualifiers 2018 – Tempat Pertama (MSK Zeus)

BadMan turut memberi komen mengenai formula rahsia di sebalik kebangkitan pasukannya pada minggu kedua kejohanan PMPL MYSG.

“Walaupun saya mengajar mereka, saya beri penghargaan sepenuhnya kepada pemain-pemain Damansara Esports.

“Mereka dapat belajar dan mengadaptasinya dengan pantas.

“Kami cuma memberi fokus terhadap prestasi permainan kendiri dan sentiasa mencuba yang terbaik untuk berjaya,” jelas BadMan.

Pasukan Damansara Esports yang sebelum ini menggunakan nama Last Survivor R2k pernah mendapat tempat keempat dalam peringkat akhir PMPL MYSG Musim Pertama.

Mampukah BadMan membawa pasukan baharunya untuk layak ke peringkat Asia Tenggara kelak?

Jangan lupa saksikan minggu ketiga PMPL MYSG esok di laman Facebook rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved