Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA: Geek Fam ID kini dikenali LiveScape

Published

on

Foto: PUBG Mobile Indonesia

10 HARI menjelang Grand Final Liga PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Ketiga 2021, pihak penganjur PUBG Mobile Esports Indonesia mengumumkan pemilikan skuad PUBG Mobile skuad Geek Fam Indonesia kini beralih kepada organisasi LiveScape.

Menurut pihak penganjur, hal ini dilakukan selaras dengan peraturan kejohanan yang melarang dua pasukan untuk berdaftar di bawah nama yang sama untuk bertanding dalam kejohanan yang sama.

Pasukan Livescape yang dibarisi oleh Erfan Rodhini (Alvirlo), Wahyu Ari Maulana (Mort), Davon Putra (Tomz), Rizqie Habibullah (Katou) dan Al Dimas (Dinosours) menjadi juara Grand Final Kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia Musim Ketiga (PMPL ID S3) 2021 pada April lalu dan akan mewakili Indonesia dalam PMPL SEA Final nanti.

Antara pencapaian barisan pemain Livescape termasuklah:

  • Juara Grand Final PMPL Indonesia Musim Kedua 2021
  • Tempat Ke-10 Peacekeeper Elite Asia Invitational 2021
  • Tempat Ke-14 Liga Profesional PUBG Mobile Musim Ketiga
  • Tempat Pertama IVV Asia Championship

Selain pasukan LiveScape, Indonesia turut menampilkan tiga pasukan lain, iaitu, pasukan Evos Reborn, Aura Esports dan Bigetron Red Aliens.

PMPL SEA Final S3 2021 akan bermula secara rasmi pada 21 sehingga 23 Mei nanti.

2 slot dipertaruhkan untuk slot automatik ke SEA Final musim hadapan.

Sementara itu, tiga wakil negara Malaysia, RSG, Geek Fam dan Dingoz MPX akan turut bertanding dalam kejohanan tersebut.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved