Connect with us

PUBG Mobile

PMPL ID: Geek Fam juara final, Bigetron RA tempat kedua

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN Geek Fam Indonesia (Geek Fam ID) muncul sebagai juara Grand Final Kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia Musim Ketiga (PMPL ID S3) 2021 pada semalam.

Geek Fam ID yang sebelum ini menduduki tempat ke-12 pada peringkat musim liga PMPL ID S3, mengejutkan para peminat PUBG Mobile selepas berjaya mengutip 213 mata keseluruhan sepanjang 18 pusingan yang dipertandingkan pada Grand Final, sekaligus dinobatkan sebagai juara.

Foto; pmplsea.com

Menerusi kemenangan itu, pasukan Geek Fam ID membawa pulang kira-kira RM 61,000 (AS$15,000) dan menerima menempah slot automatik ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021.

Prestasi cemerlang Geek Fam ID pada hari terakhir juga telah membantu pasukan itu untuk memintas Genesis Dogma GID untuk berada kedudukan pertama dalam carta keseluruhan.

Turut menyertai Geek Fam ID ke peringkat SEA adalah penyandang tempat ketiga Grand Final PMPL ID S3 adalah Aura Esports yang mengutip tiga Chicken Dinner pada hari terakhir.

Aura Esports akan membuat kemunculan kedua dalam SEA Final selama dua musim berturut-turut.

Sementara itu, bekas juara Indonesia, Bigetron RA menduduki tempat kedua bagi carta keseluruhan dengan 206 mata, hanya ketinggalan tujuah mata dengan Geek Fam ID.

Meski sudah menerima slot jemputan ke SEA Final selaku juara musim lalu, Bigetron Red Aliens dilihat mempamerkan aksi konsisten sepanjang PMPL ID S3 berlangsung dan bermain dengan kualiti permainan yang tinggi.

Pemain Bigetron RA, Bagas Made Pramudita (Zuxxy) turut dinobatkan sebagai pemain terbaik (MVP) bagi kejohanan akhir PMPL Indonesia.

Foto: PUBG Mobile Esports

Pasukan Geek Fam ID dan Aura Esports akan menemani pasukan Bigetron RA dan EVOS Reborn sebagai wakil Indonesia untuk berjuang merebut piala Asia Tenggara.

Sementara itu, bagi liga Vietnam, slot automatik SEA diberikan kepada pasukan HocVienNamBlue (HVNB) dan pasukan Eagle Esports

PMPL SEA akan diadakan pada 21 hingga 23 Mei dan akan memaparkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Asia Tenggara.

Dua pasukan teratas pada SEA Final S3 nanti akan menerima slot pada musim seterusnya.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved