Connect with us

Mobile Legends

Selepas 8 musim main MPL, Xorn mahu berehat

Published

on

Foto: MOONTON Games

KUALA LUMPUR – Raja Emote Malaysia, Mohamad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn) sah tidak akan bermain dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022.

Xorn mengumumkan perkara itu dalam satu video yang dimuatnaik di YouTube Geek Fam pada malam tadi.

“Saya perlu berehat untuk satu musim. Saya dah terlalu lama (sertai MPL).

“Saya perlu ambil masa untuk berehat, bagi menghilangkan tekanan, (maka) dengan ini saya berhasrat untuk tidak bermain dalam MPL MY S9,” kata Xorn dalam video itu.

Xorn merupakan satu-satunya pemain Mobile Legends tempatan yang menyertai semua musim MPL sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018.

Dia juga tidak pernah menjadi pemain simpanan atau direhatkan sepanjang empat tahun menyertai liga profesional itu.

Antara pencapaian tertingggi Xorn bersama Geek Fam termasuklah menjuarai MPL MYSG S3 2018 dan mewakili Malaysia ke Piala Mobile Legends Asia Tenggara (MSC) 2019.

Sebelum menyertai Geek Fam, Xorn pernah bermain untuk Mystic Burden pada MPL Musim Pertama 2018.

Tak pindah, kekal di Geek Fam 

Jelas Xorn, dia masih bersama Geek Fam dan akan banyak melakukan aktiviti penstriman langsung dan mencipta kandungan bersama Geek Fam.

“Saya masih di sini. Saya tak pergi mana-mana.

“Sememangnya saya akan merindui kenangan ketika menyertai MPL, tapi keputusan ini (berehat) bagus untuk saya.

“Selamat maju jaya untuk rakan-rakan sepasukan Geek Fam saya,” tambah Xorn.

Dia juga memohon agar peminat-peminatnya terus memberikan sokongan kepada Geek Fam, walaupun dia tidak diletakkan dalam barisan pemain utama dalam MPL kali ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved