Mobile Legends
MPL: Xorn sah tak main lineup Geek, status baru akan diketahui 8pm nanti

STATUS, Raja Emote Malaysia, Mohamad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn), sama ada akan terus bermain dalam arena profesional akan diketahui jam 8 malam nanti.
Organisasi Xorn, Geek Fam, berkata pihaknya akan mengadakan satu pengumuman penting mengenai haluan baru pemainnya itu.
“Di manakah destinasi Xorn yang seterusnya? Kami amat bersyukur dengan sumbangan Xorn sepanjang bersama Geek Fam.
“Terima kasih Xorn, Once A Geek, Always A Fam,“kata Geek Fam dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, pengurus Geek Fam, Wheng Wong mengesahkan kepada WTM Today, yang Xorn tidak lagi akan bermain untuk skuad Mobile Legends pasukannya dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022 yang akan datang.
Pada pagi tadi, Geek Fam turut mengumumkan barisan pemainnya pada MPL MY S9 kali ini, iaitu Artz, Dominus, Lilbee, Nellbie, Xray, Saiyajinn dan Burpyy.
Xorn menyertai Geek Fam sejak 2018 dan menyertai MPL sejak musim pertama liga itu diperkenalkan.
Antara pencapaian tertingggi Xorn bersama Geek Fam termasuklah menjuarai MPL MYSG S3 2018.
Foto: Facebook / XORN
#wtmtoday #bukansekadarmaingame #iniesukankita #ToTheTop #MLBB #MLBBEsports #MobileLegends #MPLS9