Mobile Legends
NFT Layla kini dibida lebih RM70,000

KOLEKSI NFT Mobile Legends:Bang Bang (Mobile Legends) ‘The Aspirants’ Miss Hikari kini dibida melebihi RM70,000 (45 BNB) di platform Binance.
Miss Hikari dikategorikan sebagai SSR (Super Super Rare) dalam koleksi NFT itu.
Pada 19 Januari lalu, Mobile Legends telah melancarkan NFT Koleksi Misteri The Aspirants sebanyak 25,000 kotak/unit.
Setiap kotak itu dijual kira-kira RM105 (25 BUSD) dan setiap pengguna hanya boleh membeli sehingga 100 kotak sahaja.
Dalam kotak tersebut mengandungi pelbagai skin Mobile Legends yang dikategorikan dari normal (N), sukar ditemui (R), sangat sukar temui (SR) dan sangat sangat sukar ditemui (SSR).
Skin SSR koleksi itu menampilkan dua hero Mobile Legends iaitu Fanny dan Layla, yang mempunyai rekaan animasi Blade of Kibou (Fanny) dan Miss Hikari (Layla).
View this post on Instagram
Koleksi Aspirants itu turut mengandungi patung figura digital, animasi eksklusif dan hadiah dalam permainan.
Selain koleksi sukar dimiliki itu, Mobile Legends turut menampilkan beberapa koleksi NFT seperti Lightborn – Ranger, S.A.B.E.R Breacher, Blue Specter dan banyak lagi.