Connect with us

Mobile Legends

Mom sah akan kembali main untuk Red Esports

Published

on

Foto: MOONTON Games

KUALA LUMPUR- Pemain Mobile Legends tempatan, Adib Rusydi Ahmad Tarmizi (Mom) sah akan kembali bermain untuk pasukan Red Esports dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2020 akan datang.

Perkara itu disahkan oleh Mom sendiri dalam satu video Instastory milik penganjur liga yang dimuatnaik pada pagi tadi.

“Hi, saya Mom.

“Saya Red Esportslah, kembali ke pangkal jalan,” kata Mom secara ringkas dalam video itu.

Foto: Instagram / MPL MY

Dia juga dilihat menyarung jersi terbaharu Red Esports ketika menghadiri sesi penggambaran sempena MPL MY S9 nanti.

Pada MPL MY S8 2021 yang lalu, Mom bermain untuk Team Bosskurr selepas ‘dibuang’ daripada RSG MY.

Team Bosskurr bagaimanapun memberi slot itu kepada Red Esports pada musim kali ini.

Selain Team Bosskurr dan RSG MY, Mom pernah bermain untuk Orange Esports pada MPL MYSG S5 2020 dan Red Reborn S6 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved