Connect with us

Mobile Legends

MPL: Suhaz yakin coach 18 tahun mampu pimpin team

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends tempatan, Suhaz Esports, yakin dengan kehadiran jurulatih muda, Kelvinunting (Rexvinn) mampu menjadikan pasukan itu sebagai pencabar utama liga.

Pengurusnya, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel) berkata pihaknya sangat senang dengan cara Rexvinn bekerja untuk memimpin Suhaz Esports dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022 nanti.

“Suhaz ada mengambil jurulatih yang bekerja sepenuh masa dan Rexvinn telah memimpin Ariel (skuad wanita) dalam Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends 2022 untuk mencapai kedudukan empat terbaik dalam penampilan profesional pertamanya.

“Ya, dia memang muda. Saya nampak dia boleh membimbing Ariel  dan cara dia bekerja memang sesusai dengan apa yang saya mahu.

“Dengan adanya, Rexvinn, saya yakin Suhaz akan menjadi pencabar utama MPL,” kata Padel kepada WTM Today.

Rexvinn mula menyertai Suhaz pada 24 Oktober lalu sebagai jurulatih skuad Mobile Legends wanita yang dikenali sebagai Suhaz Ariel.

Dalam Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends 2022 yang lalu, Rexvinn berjaya membantu anak-anak buahnya berada dalam kelompok 4 terbaik Asia Tenggara.

Sementara itu, Padel juga berkata harapannya untuk mengangkat piala MPL tidak pernah pudar.

“Suhaz masih mengekalkan barisan pemain utama sama seperti sebelum ini iaitu Hyhy, Box, Aj, D Ace dan Eavy.

“Capt Sha juga akan menyertai barisan pemain ini. Harapan saya, semestinya mahu mengangkat piala MPL.

“Walaupun depan mata, tapi masih belum kita punya,” tambah Padel.

MPL MY S9 bakal membuka tirai pada 18 Februari nanti dan bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved