Mobile Legends
MPL: “Kami rehatkan Ciku atas permintaannya” – Todak

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Mobile Legends tanah air Danial Fuad (Ciku) sah akan berehat daripada menyertai kejohanan kompetitif terutamanya Liga Profesional (MPL), untuk tempoh tertentu.
Perkara itu disahkan Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, adzi Rahman (Ikuto) kepada WTM Today.
Menurut Ikuto, pihaknya membenarkan Ciku untuk berehat sementara waktu berdasarkan permintaannya.
“Ciku bermain tanpa henti sejak MPL S4 2019.
“Dia kemudiannya bermain kejohanan demi kejohanan secara berturut-turut, seperti MPL S5, MPLI 2020, MPL S6, M2, MPL7, MPLI 2021, MPL S8 dan M3 tanpa ruang berehat.
“Lantaran itu, kami di pihak pengurusan Todak sangat memahami permintaan Ciku itu,” kata Ikuto ketika dihubungi WTM Today.
Ikuto bagaimanapun tidak mendedahkan berapa lama tempoh waktu rehat Ciku itu, sama ada satu musim atau hanya beberapa minggu.
MPL MY S9 2022 dijangka akan membuka tirai pada 18 Februari nanti.
Berdasarkan gambar yang dimuatnaik @todakmlbb baru-baru ini di Instagram, gergasi Malaysia itu mengekalkan barisan pemain utamannya seperti sebelum ini termasuk Ciku.