Connect with us

Mobile Legends

MPL – Pengurus Homebois, Avaa berehat, berdepan dengan siasatan integriti

Published

on

Foto: FB / Avaa

KUALA LUMPUR- Pengurus E-sukan Homebois, Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar (Avaa) kini berdepan dengan siasatan integriti yang berkaitan dengan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL S9) 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, Homebois berkata Avaaa akan direhatkan sehingga siasatan selesai.

“Berikutan siasatan terhadap integriti Avaaa dalam kes MPL S9, Homebois mengambil keputusan untuk membantu siasatan lanjut.

“Jika (Avaa) didapati bersalah, Homebois akan mengambil tindakan selanjutnya dan memohon maaf kepada semua pasukan terlibat,” kata Homebois.

Sebelum ini, pihak MOONTON Games ada memberikan satu kenyataan kepada media bahawa satu siasatan MPL S9 sedang dijalankan dan ia melibatkan pasukan-pasukan yang bertanding.

“Profesionalisme dan integriti adalah prinsip utama MPL Malaysia.

“Mana-mana pemain dan pasukan yang melanggar peraturan perlu bertanggungjawab dengan tindakan masing-masing.

“Kami berharap orang ramai menghormati semangat kesukanan dan memartabatkan integriti,” katanya dalam satu kenyataan media.

MOONTON Games bagaimanapun masih belum menamakan mana-mana pihak yang terlibat.

MPL S9 2022 dijangka akan membuka tirai pada 18 Februari nanti dan setakat ini, MOONTON Games masih belum memberikan senarai rasmi pasukan yang menyertai liga itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved