Mobile Legends
MPL: MIKEY hilang slot, pemain kena ban kerana kesalahan ‘in-game coaching’

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends tanah air, MIKEY didapati bersalah kerana melanggar buku peraturan kejohanan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022.
Penganjur liga, MOONTON Games, berkata MIKEY telah menerima bantuan khidmat jurulatih (in-game coaching) dalam permainan daripada seorang pemain Homebois, ketika perlawanan kelayakan berlangsung antara MIKEY dan MAB Esport pada 15 Januari lalu, jam 2 petang.
MOONTON Games juga berkata pihak liga telah menerima bukti ketidakadilan permainan dalam peringkat kelayakan itu pada 8 Februari 2022.
“Sejak 8 Februari, kami telah melakukan siasatan dengan beberapa pihak berkaitan.
“Menerusi bukti yang diberikan dan hasil siasatan yang dilakukan, kami akan mengenakan hukuman kepada pemain dan pasukan berkaitan berdasarkan peraturan 12.1.1.1 dan 12.1.1.2,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Peraturan itu adalah mengenai:
12.1.1.1 – Permainan Tidak Adil (Pakatan) – Pakatan ditakrifkan sebagai sebarang persetujuan antara dua atau lebih pemain, ketua jurulatih, pasukan atau gabungan yang bertujuan merugikan pihak lawan.
12.1.1.2 – Integriti Persaingan – Setiap pasukan dijangka untuk bermain pada tahap yang terbaik pada setiap masa dalam mana-mana perlawanan MPL dan bagi mengelak sebarang tingkah laku yang tidak selari dengan prinsip semangat kesukanan yang baik, kejujuran dan keadilan. Sebagai penjelasan, fasa memilih/mengeluarkan hero dan menentukan komposisi pasukan tidak akan dipertimbangkan untuk menentukan sama peraturan ini dilanggar atau tidak.
Berikut adalah senarai pemain yang dikenakan hukuman dan jenis tindakan yang diberikan MOONTON Games:
Pasukan / Pemain
|
Kesalahan
|
Hukuman
|
MIKEY
-Muhammad Zafri (Squpoz) -Muhammad Azim (Flint) -Boy Salica (Ombong) -Sufyan Nurhidayat (Pyan) |
Menerima signal / bimbingan jurulatih daripada Avaaa |
Dilarang daripada menyertai MPL selama satu musim (S9)
|
MIKEY
-Tuan Azrin Izzudin (Avaaa) |
-Menerima signal / bimbingan khidmat jurulatih dalam permainan dan memberi kelebihan kepada pemain-pemain MIKEY yang lain.
-Melakukan insiden bimbingan jurulatih itu. |
Dilarang daripada menyertai acara berkaitan ekosistem MLBB selama dua tahun.
|
HomeBois
Muhammad Aizat (Ijat) |
Memberi signal / bimbingan jurulatih kepada Avaa yang bermain untuk MIKEY |
Dilarang daripada menyertai MPL selama dua musim (MPL MY S9 and MPL MY S10)
|
MIKEY
|
Menerima signal / bimbingan jurulatih ketika pusingan kelayakan sehingga memberikan kelebihan yang tidak adil |
MIKEY sebagai sebuah organisasi akan dilarang sepenuhnya daripada ekosistem MLBB.
|
HomeBois
|
Salah urus pemain |
Penolakan mata selama dua minggu (4 perlawanan x -2 mata = -8)
|
Berdasarkan hukuman di atas, MOONTON Games berkata slot MIKEY yang sebelum ini diberikan kepada AXIS Esports akan digugurkan dengan serta merta.
“MPL MY akan menjalankan satu pusingan antara Team Lemah dan MAB Esport pada 13 Februari, jam 2 petang,” katanya.
Jelasnya lagi dalam satu kenyataan yang berlainan, perlawanan itu akan dijalankan secara tertutup dan tidak akan disiarkan secara langsung dalam mana-mana platform media sosial Mobile Legends.