Connect with us

Mobile Legends

MPL S9: Homebois hormat, terima hukuman daripada Moonton – Soloz

Published

on

Foto: IG / SolozSoloz

KUALA LUMPUR – “Kami menghormati keputusan dan hukuman yang diberikan Homebois.”

Itu kata pemangku Ketua Homebois, Mohd Faris Zakaria (Soloz) kepada WTM Today berhubung isu khidmat jurulatih dalam permainan (in-game coaching) yang melibatkan pihaknya dan MIKEY.

Jelas Soloz, dia menerima keputusan itu dengan tangan terbuka.

Sebelum ini, pihak Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022 dan MOONTON Games telah mengenakan hukuman kepada pemain-pemain MIKEY dan Homebois kerana melanggar kesalahan buku peraturan 12.1.1.1 Permainan Tidak Adil (Pakatan) dan 12.1.1.2 (Integriti Kompetitif).

BACA: MIKEY hilang slot, pemain kena ban kerana kesalahan ‘in-game coaching’

Dalam satu kenyataan media hari ini, pihak liga MPL dan MOONTON Games berkata, akibat salah pengurusan pemain, Homebois juga akan menerima penolakan mata selama dua minggu di peringkat liga nanti.

Berikutan itu, Homebois akan ketinggalan empat perlawanan dan memulakan misi di peringkat liga dengan -8 mata (4 perlawananx-2 mata).

Menurut peraturan kejohanan, pasukan yang kalah 0-2 pada peringkat liga akan menerima -2 mata.

Sementara itu, seorang pemain Homebois, Muhammad Aizat (Ijat) telah menerima hukuman larangan daripada menyertai kejohanan MPL selama dua musim. Ijat dikenakan hukuman itu kerana memberi signal dan bimbingan jurulatih kepada pemain MIKEY.

MPL MY S9 akan bermula pada 18 Februari nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved